Disneyland

Disneyland Jasin Mungkin Tidak Akan Menjadi Kenyataan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa portal berita di Malaysia semalam telah melaporkan mengenai Taman Tema Disneyland bakal dibangunkan di daerah Jasin, Melaka pada tahun 2027.

Pembinaan Disneyland Jasin tersebut khabarnya merupakan yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dan dijangka akan melibatkan kos kira-kira RM2 bilion.

Namun demikian, terdapat sedikit keraguan mengenai kesahihan berita tersebut seperti yang dibangkitkan oleh Amrul Azmi Mizan dari Bebawang di Facebooknya berikut.

Nak tahu kenapa? Jom baca.

Disneyland

Aku sangat ragu-ragu bila terbaca berita menyatakan Disney nak buka Disneyland di Jasin, Melaka. Berita besar macam ni sepatutnya mudah saja ditemui di portal media utama dunia dari sebelah Barat sana. Kalau betul.

Dan paling tidak pun, ada pengumuman daripada pihak Disney sendiri. Ataupun Mickey Mouse. Atau Captain America.

Seharian aku cari apa saja sumber dari Disney pasal Disneyland Jasin ni namun hampa. Aku cuma jumpa artikel di Geek Culture ni yang baru diterbitkan beberapa jam lepas.

Penulis artikel ni pun cuba sahkan maklumat pasal Disneyland Jasin ni dan beberapa perkara yang dilihat sebagai tak kena yang terdapat pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman berkenaan projek ni.

Beberapa perkara penting daripada artikel ni:

  1. Sumber Geek Culture mendakwa projek Disneyland Jasin adalah tidak benar.
  2. Tiada wakil dari pihak Disney hadir semasa majlis tersebut.
  3. Mickey Mouse juga tak hadir sedangkan Mickey biasa hadir di mana-mana majlis melibatkan Disney.
  4. Disney tak pernah guna nama Disney City sebagai nama taman tema. Dan pengumumam berkenaan nama ni dibuat oleh seseorang yang bukan wakil Disney.
  5. Kos projek Disneyland Jasin ni diumumkan pada RM2 billion bersamaan USD440 juta. Kos Disneyland Shanghai adalah USD3.66 billion. Jadi Disneyland Jasin ni mungkin tak sebesar Disneyland lain yang sedia ada.
  6. Tiada media antarabangsa melaporkan pasal Disneyland Jasin ni.
  7. Disney baru saja umumkan untuk buang pekerja dan membekukan pengambilan pekerja baru selepas prestasi kewangan yang tidak memberangsangkan dan menyebabkan kejatuhan harga saham syarikat.
  8. Berita besar sebegini sepatutnya dah dapat dihidu media antarabangsa sejak beberapa bulan lepas lagi dan menjadi khabar angin tapi takde.

Jadi, wartawan Malaysia ni takde yang nak semak dengan pihak Disney dulu ke?

Sumber:

https://geekculture.co/disney-did-not-announce-it-is-opening-disneyland-in-malaysia/

Ini cuma konspirasi nak naikkan harga rumah di Jasin Bestari dan Scientex Jasin.