
Disney Tampilkan Watak Animasi LGBTQ Secara Terbuka Dalam Filem ‘Onward’
Disney tampilkan watak animasi LGBTQ secara terbuka. Filem animasi terkini Disney dilaporkan secara terbuka akan menampilkan watak LGBTQ dalam filem terbaharu mereka iaitu Onward.
BACA: Meghan Markle Bakal Bintangi Filem Disney+ Selepas Undur Diri Dari Keluarga Diraja
Disuarakan oleh pelakon dan penulis skrin, Lena Waithe, watak cyclops ungu tersebut, Pegawai Specter merupakan seorang pegawai polis yang mempunyai teman wanita.
https://www.instagram.com/p/B811Wqjg0eJ/
Dalam satu temu bual bersama Yahoo Entertainment, penerbit Onward memberitahu karakter berkenaan diwujudkanmengikut kesesuaian babak selain daripada mahu menyemai sifat keterbukaan kepada umum.
Disney tampilkan watak animasi LGBTQ
Mahu mewakili dunia moden, Disney sebelum ini pernah memasukkan elemen LGBTQ dalam beberapa filem mereka namun ianya tidaklah secara terbuka seperti watak Pegawai Specter ini.

Sebagai contoh, filem Star Wars: The Rise of Skywalker menampilkan babak dua orang askar sesama jantina berciuman dan Beauty and the Beast, LeFou yang membawa watak seorang gay yang mempunyai perasaan pada Gaston.
Dijadualkan untuk ditayangkan pada 6 Mac di Amerika Syarikat dan United Kingdom, tonton trailer Onward di pautan bawah:
Terdahulu, Disney akan menggugurkan perkataan ‘Fox’ dari namanya 20th Century Fox sebagai usaha untuk mengasingkannya dari pengasas Fox News, Rupert Murdoch selepas memiliki dan bekuasa sepenuhnya pada Disney.
Disney memutuskan untuk menukarkan nama anak syarikatnya bagi menghapuskan segala kaitan dengan Fox akibat imej konservatif yang ditampilkan oleh pengasasnya yang merupakan penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Sumber: VT News