
Disney Gugur Perkataan ‘Fox’ Dari Nama Studio Filem Terbesar Dunia
Setelah harta intelek Fox secara rasmi dimiliki dan mempunya kuasa penuh Disney, kini akan menggugurkan perkataan ‘Fox’ dari namanya 20th Century Fox sebagai usaha untuk mengasingkannya dari pengasas Fox News, Rupert Murdoch.
Variety melaporkan, syarikat hiburan gergasi itu memutuskan untuk menukarkan nama anak syarikatnya bagi menghapuskan segala kaitan dengan Fox akibat imej konservatif yang ditampilkan oleh pengasasnya yang merupakan penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Sepanjang tempoh pentadbiran Trump, saluran Fox News iaitu sumber berita yang menyebarkan ideologi konservatif seperti agenda perkauman, percukaian rendah untuk perniagaan dan pembubaran sistem kesihatan percuma untuk semua rakyat.

Keputusan Disney itu merupakan langkah simbolik bagi salah satu pengasas studio perfileman Hollywood yang memulakan pengeluaran pada tahun 1914 dan bergabung dengan syarikat 20th Century Pictures pada tahun 1935.
Studio Fox Searchlight Pictures yang merupakan syarikat dibawah 20th Century Fox akan dijenamakan semula menjadi Searchlight Pictures. Manakala nasib studio-studio televisyen 20th Century Fox Television dan Fox 21 Television belum diputuskan Disney.
Tahun lalu, Disney memperoleh sebahagian besar aset kumpulan 21st Century Fox, termasuk studio perfileman itu manakala bekas pemiliknya, Murdoch dan para pemegang saham menyimpan hak bagi beberapa saluran televisyen termasuk siaran berita Fox News.
Dengan penukaran ini, mungkinkah kita tidak dapat lagi melihat ‘intro’ filem yang dikatakan cukup lejen ini?
Trending now



