
Disney Buat Kejutan Tayangan Awal ‘The Rise of Skywalker’ Khas Untuk Pesakit Kanser Ini
Bakal ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 19 Disember ini, pasti ramai daripada pengikut siri ini yang tidak sabar menantikan sekuel filem Star Wars yang akan melengkapkan trio ‘The Force Awakens’ dan ‘The Last Jedi’ iaitu ‘The Rise of Skywalker’.
BACA: Tonton Video Acah Filem ‘Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker’
Namun ada di antara peminatnya yang tidak sempat menunggu ke hari tersebut kerana kekangan waktu untuk hidup kerana sakit.
Seorang pesakit di Hospital Rowan Hospice, Hampshire , England yang merupakan peminat tegar filem sains fiksyen ini dikhabarkan menderita penyakit yang hanya memungkinkan beliau hidup sehingga 20 Disember ini.
Disebabkan itu, beliau yang tidak mahu identitinya didedahkan meminta kebenaran untuk menonton filem The Rise of Skywalker lebih awal daripada yang lain selepas mengetahui semasa filem itu ditayangkan, beliau mungkin sudah tiada lagi.
Menghargai kesetiaan beliau, pihak Disney telah menguruskan satu slot tayangan awal sekuel ketiga filem Starwars itu khas untuk beliau bersama dengan beberapa orang/ekor kehadiran ‘maskot berbulu’.
On this Thanksgiving, we at @Disney are grateful to be able to share #TheRiseOfSkywalker with a patient and his family @RowansHospice. May the force be with you and with us all!
— Robert Iger (@RobertIger) November 28, 2019
A dying Star Wars fan in England got to see #TheRiseOfSkywalker today at @RowansHospice with his family, thanks to @Disney and @RobertIger. Here's a photo of the patient and his son, who wanted to remain safely anonymous. @ABC pic.twitter.com/gLOnANqYrT
— Clayton Sandell (@Clayton_Sandell) November 29, 2019
Pesakit yang dapat menonton bersama anak beliau meluahkan rasa terima kasih kepada Disney kerana sudi menghiburkan keluarganya.
Sumber: Rowan’s Hospice, CNet
Sambutan Hari Rambo Sedunia.
Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.