
Disney Bakal Tamatkan 18 Saluran TV Di Asia Tenggara
The Walt Disney Company bakal menamatkan sebahagian besar saluran televisyennya di Asia Tenggara dan Hong Kong sebagai usaha syarikat itu untuk mengembangkan lagi perkhidmatan penstriman mereka iaitu Disney+.
“Sebagai usaha global The Walt Disney Company untuk beralih ke model D2Cfirst sekaligus mengembangkan perkhidmatan penstriman, syarikat akan menggabungkan Jaringan Media di Asia Tenggara dan Hong Kong.” kata Disney dalam satu kenyataan dipetik dari Variety.
Sebanyak 18 saluran TV akan ditutup iaitu:
Saluran Disney: Disney Channel, Disney Junior
Saluran Fox: Fox, Fox Crime, Fox Life, FX, Fox Movies, Fox Action Movies, Fox Family Movies, Fox Sports, Fox Sports 2, Fox Sports 3
Saluran Star: Star Movies China, SCM Legend, Star Sports 1, Star Sports 2
Nat Geo: Nat Geo People
Lain- lain: Channel V
Difahamkan, kesemua saluran ini bakal ditamatkan mulai 1 Oktober 2021. Manakala Disney akan mengekalkan empat lagi saluran TV mereka iaitu National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Star Chinese Channel, and Star Chinese Movies.
Mengenai Disney+, perkhidmatan laman penstriman itu sudah tersedia di dua pasaran Asia Tenggara, Singapura dan Indonesia. Syarikat itu menyatakan pihaknya akan terus melancarkan perkhidmatan tersebut dengan lebih banyak pasaran di rantau pada tahun ini.
Sejak 1 Januari 2021, pelanggan Astro tidak lagi menerima saluran Disney iaitu Disney XD, Disney Channel dan Disney Junior tetapi digantikan dengan kandungan kanak-kanak baharu seperti Boomerang dan Nick Jr.
Sebelum ini beberapa negara lain, penarikan saluran mereka dari perkhidmatan kabel tempatan dilakukan sejurus sebelum Disney+ dilancarkan.
Setakat ini Disney+ hanya boleh diakses pengguna Indonesia selepas ia ia dilancarkan Ogos lalu dan di Singapura pada penghujung Februari 2020.
Ramai mengaitkan pelantikan Ahmad Izham Omar sebagai ketua kandungan Asia Tenggara pada November lalu menjadi petanda Disney+ akan dilancarkan di negara kita tidak lama lagi.
Sumber: CNA
Trending now



