
Disney Bakal ‘Reboot’ Empat Filem Dari Francais Fox
Batang keladi merupakan salah satu masakan kampung yang mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Apa yang lebih menarik apabila batang keladi dibuat masak asam rebus ataupun dicampur dalam masak lemak siput sedut.
Namun, untuk memasak batang keladi ini memerlukan cara yang betul supaya batang keladi yang telah siap dimasak tidak meninggalkan gatal di tekak ketika dimakan. Jika tidak kena gaya masakannya, batang keladi tidak dapat dimakan.
Kredit Foto : WIKIPEDIA
Kami kongsikan kepada anda, petua untuk menghilangkan gatal batang keladi.
1. Rebuskan satu periuk air dan tunggu sehingga air mendidih.
Kredit Foto : BLOGSUPERMAK
2. Setelah mendidih, masukkan 5-6 keping asam gelugor.
3. Biarkan asam gelugor mengembang dengan air yang mendidih.
4. Apabila asam keping telah mengembang, bolehlah dimasukkan batang keladi yang telah siap disiang dan dipotong.
Kredit Foto : TIPTOPSEHAT
5. Tutupkan periuk dan tunggu sehingga batang keladi empuk.
6. Akhir sekali, tapiskan batang keladi yang dah empuk dan basuh dengan air.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menghilangkan gatal batang keladi apabila dimasak. Sekiranya anda mempunyai petua lain untuk menghilangkan gatal batang keladi, boleh dikongsikan bersama kami.
“Sharing is caring.”