
Diskaun Hingga 90%, Ini 5 Barangan Wajib Anda Beli Semasa Promosi 11.11
Menghampiri detik 11.11, semakin banyaklah kedai sama ada secara dalam talian atau pun tidak sudah mewar-warkan promosi yang akan mereka lalukan.
Tidak terkecuali juga, dua platform beli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada yang menawarkan percuma pengeposan untuk barang RM11 ke atas!
Untuk promosi kali ini, kami senaraikan lima barangan wajib anda beli supaya anda boleh berjimat dengan amaun berganda!
1. Barangan elektronik
Menuju tahun 2020, sudah banyak teknologi barangan elektronik yang perlu anda miliki. Bersempena dengan promosi 11.11 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, apa kata anda survey-survey dahulu barangan elektronik yang masih belum anda miliki.
Antara yang boleh anda beli dengan potongan harga sehingga 50% ialah pembersih udara (air purifier), penggoreng udara (air fryer) dan periuk tekanan (pressure cooker).
2. Produk penjagaan wajah, kulit dan solekan
Untuk anda yang baru nak mencuba produk penjagaan wajah, apa kata rebut peluang promosi 11.11 ini dengan membeli produk penjagaan kulit yang sudah lama anda usha.
Sekurangnya belilah empat produk penjagaan asas seperti pencuci muka, penyegar, serum dan pelembap bagi mendapatkan kulit yang ala-ala gelas. Nak ekstra sikit bolehlah tambah topeng muka.
https://www.facebook.com/nanowhite/posts/10156742770768434
Semasa jualan murah inilah anda boleh restock barang-barang mandian anda untuk tempoh berbulan-bulan seperti syampu, sabun mandi, conditioner, serum rambut dan sebagainya. Contoh jenama yang boleh anda dapatkan dengan promosi sehingga RM50 off ialah Dettol.
https://www.facebook.com/DettolMalaysia/posts/2657471554347267
Yang tak tahu, Watson pun ada buat promosi diskaun sehingga 50% dengan penghantaran percuma jumlah minimum pembelian RM11 sahaja tau. Nak beli alat solek seperti gincu, produk detoks dan sebagainya, bolehlah beli pada masa ini.
3. Barangan bayi
Yang bergelar ibu bapa pasti tahu betapa mahalnya barangan bayi. Mahu atau tidak, kita terpaksa juga keluarkan bajet demi kelangsungan kehidupan anak-anak terutamanya susu formula dan lampin pakai buang.
Walaupun hanya beberapa peratus sahaja diskaun yang ditawarkan, ianya tetap mampu membantu anda berjimat cermat! Sebagai contoh, lihat sahajalah promosi susu formula Enfagrow A+ ini.
4. Makanan
Jangan tak tahu, makanan juga antara barang yang termasuk dalam promosi 11.11 dalam talian tau. Tak perlu susah payah ke pasar raya anda boleh dapatkan apa yang anda mahu hanya dengan melakukan pembelian dalam talian.
Siap ada diskaun pula tu, terus sampai di depan pintu rumah anda. Anda boleh juga membeli secara borong untuk stok makanan kudap-kudap di pejabat sebagai contoh mi segera, kiub milo dan biskut.
Untuk pengetahuan anda, pengeluar asikrim popular, Wall’s Malaysia turut serta dalam promosi 11.11 ini. Dan yang menariknya, pihak Wall’s Malaysia sendiri ada menyediakan sistem penghantaran bagi memastikan aiskrim kesayangan anda sampai dalam keadaan baik.
https://www.facebook.com/wallsmalaysia/posts/2537423533018596
5. Fesyen
Daripada baju hinggalah ke kasut dan aksesori, semuanya mudah didapati sekarang. Antara jenama-jenama besar yang termasuk dalam promosi 11.11 ini ialah Carlo Rino, Clarks, Siti Khadijah, dan sebagainya.
Kalau anda sedang cari barang untuk diberikan kepada orang tersayang, dengan promosi ini anda dapat berjimat. Tambah pula kalau anda sedang mencari barangan untuk hantaran perkahwinan, memang sangat disyorkanlah.
Selain berbelanja dengan harga murah, anda juga boleh mengumpul mata dan pulangan wang tunai cashback dengan setiap pembelian. Jadi tanda kalendar anda sekarang untuk detik 11.11 ini.
Aksi kejar mengejar dengan jerung dalam kawasan air dalam yang memang real habis.
47 Meters Down: Uncaged – Imbas Kembali
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.