
Disihir BFF Sendiri, Wanita Ini Terpaksa Terima Hakikat Bayi Dalam Kandungan ‘Hilang’ Secara Misteri
Seringkali kita dengar kisah individu yang ditikam dari belakang oleh orang yang mereka kenali. Hanya kerana perasaan dengki, seseorang itu sanggup menggunakan apa cara sekali pun asalkan hati mereka puas.
Begitu yang terjadi pada seorang pengasas produk penjagaan wajah, Syarifah Furaiha. Merupakan seorang yang terkenal dalam masyarakat, Syarifah Furaiha tidak terlepas menjadi mangsa perasaan iri hati manusia lain.
Berkongsi di ruangan Facebooknya, Syarifah Furaiha menasihati pengikut di laman media sosialnya agar sentiasa berhati-hati terutamanya dengan mereka yang amat kita rapat. Ini kerana, beliau sendiri menjadi mangsa ilmu hitam salah seorang rakan baik dan stafnya sendiri.
Sebagai seorang pengasas produk penjagaan kulit, Syarifah Furaiha pada suatu ketika dahulu sering muncul di kaca televisyen bagi tujuan mempromosikan produknya. Walaupun berusaha keras ‘menutup rapat’ ruang untuk orang luar melakukan kejahatan padanya, namun tanpa disangka beliau tetap menjadi mangsa orang terdekatnya.
Berselindung semasa majlis pertunangan dan hanya menghebahkan selepas selesai majlis pernikahan, Syarifah Furaiha mendedahkan beliau pernah mengandung pada awal 2018 namun akhirnya beliau kehilangan anaknya dengan cara misteri; rahim kosong!
Pada awalnya semasa siaran langsung di televisyen, beliau merasa sakit pada rahim seperti dicakar-cakar dan sudah ada tanda darah keluar pada setiap hari, makin lama makin banyak.
Apabila mendapatkan bantuan daripada doktor, mereka hanya memberi ubat untuk menguatkan rahim kerana tiada kepastian. Namun darah masih tidak berhenti, makin hari makin banyak, warna pula semakin keruh, hitam dan gelap serta sakit yang semakin bertambah terutamanya selepas Asar.
Sudah menjadi mangsa sihir sejak 2015, beliau mendapatkan rawatan ruqyah setiap minggu sehinggalah selepas itu doktor pakar mengesahkan rahim beliau kosong, termasuklah dengan kehilangan kantung kandungan seakan beliau tidak pernah mengandung sebelum ini!
Semasa mendapatkan rawatan dan berehat, rakan baik beliau ini tidak henti-henti bertanyakan khabar. Pada awalnya beliau ingatkan rakan baiknya itu benar-benar risau, rupa-rupanya ‘manusia bertopengkan syaitan’ itu hanya mahu mengetahui sama ada rancangannya berjaya atau pun tidak.
Mengamalkan pesanan salah seorang gurunya agar membaca hizib bahr iaitu bacaan wirid buat pendinding diri. Semasa mengamalkan bacaan tersebut, tiba-tiba sahaja beliau terlihat lintasan bayangan seorang staf yang paling beliau percaya selain daripada rakan baiknya itu yang membongkar kepada pengkhianatan mereka.
Pada Jun 2017, Syarifah Furaiha pernah mendedahkan beliau disantau sehingga kulit mukanya hangus, lupa bermacam-macam perkara, sakit pada badan (bahu, rahim) dan sebagainya dengan niat mahu memporak perandakan rumah tangganya selain daripada menjatuhkan perniagaan beliau.
Turut terkena tempias santau yang dihantar ini ialah orang-orang terdekat dengannya seperti adik beliau yang pernah menjadi duta produknya.
Walaupun dunia semakin maju dengan teknologi, namun masih ada sesetengah individu yang lebih gemar menjadikan syaitan dan ilmu hitam sebagai orang tengah untuk mengecapi apa yang mereka mahukan.
Sebagai seorang Muslim, tepuk dada tanya hati, “tidakkah kita percaya bahawa setiap yang hidup itu pasti ada pengakhirannya?”
Sumber: Syarifah Furaiha
Dark side siri adiwira.
Jom Tonton Siri Baru – The Boys
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.