Fenomena Langit Ungu 4

Disebalik Kejadian Fenomena Langit Ungu Di Jepun, Nampak Indah Tapi Sebenarnya…

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sabtu lalu, Taufan Hagibis (Bahasa Tagalog: laju) telah bergerak menuju terus ke ibu kota negara dengan membawa hujan yang memecah rekod 60 tahun sehingga arahan pemindahan kepada 600,000 penduduk di timur Jepun terpaksa dikeluarkan dan gangguan pada sistem pengangkutan dan gangguan elektrik.

Fenomena Langit Ungu 6

Ribut taufan dengan kelajuan 219km/jam dijangka menjadi ribut pertama yang agak kuat melanda pulau Honshu sejak 1991 apabila sistem kategori diperkenalkan menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA).

Fenomena Langit Ungu 5
Sumber: ABC

Dengan diameter sebesar 1,400km, ribut taufan ini turut membawa ombak besar dan gelombang tinggi bersamanya. telah meragut lebih 11 nyawa. Semasa kekecohan itu berlaku, terdapat satu fenomena yang telah mengujakan rakyat Jepun iaitu langit ungu bercampur merah jambu.

Fenomena Langit Ungu

Fenomena Langit Ungu 2

Fenomena yang banyak dikongsi di laman media sosial dengan tanda pagar #purplesky yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang perlu dikagumi, sebaliknya ditakuti kerana ianya merupakan petanda bahawa ribut taufan tersebut sedang menuju ke kawasan mereka.

Fenomena ini bukanlah yang pertama kali berlaku di dunia, sebaliknya pernah berlaku beberapa kali di Amerika Syarikat yang diikuti oleh kejadian ribut taufan. Bagi ahli meteorologi, fenomena ini merupakan kesan daripada ‘perpecahan’.

Warna ungu yang terhasil dan boleh dilihat dengan mata kasar merupakan kesan daripada ribut; cahaya yang dipecahkan dengan kelembapan udara.

“Seperti cahaya matahari yang memancar ke bumi, kebanyakan warna spektrum akan dapat mencapai permukaan bumi tanpa terganggu. Tetapi panjang gelombang yang lebih pendek, biru dan ungu tersebar di setiap arah. Cahaya yang melantun dari zarah hingga zarah hingga akhirnya mencapai mata individu, tetapi langit tidak kelihatan ungu dan biru kerana keterbatasan mata kita.” – Ahli Meteorologi, Lauren Rauntenkranz

Sumber: Express

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S4d2Tn5ig/