
Disaman Dan Hilang Hak Karya, Kartunis Ujang Kongsi Pengalaman Jatuh Muflis
Nama kartunis Ujang bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang melalui era 90-an.
Beliau yang merupakan pemilik nama Ibrahim bin Anon ini memulakan kerjaya animasinya bersama majalah Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang dengan nama pena Kartunis Ujang.
BACA: Peminat Teruja Komik Lawak Kampus Bakal Diadaptasi Sebagai Siri Animasi
Walaupun pada awalnya pihak penerbit seakan tidak percaya dengan kemampuan kartun Ujang kerana beberapa perkara termasuklah stroknya terlalu ringkas, Ujang bagaimanapun berjaya meyakinkan penerbitnya bahawa pada satu ketika ianya akan diterima pembaca.
Mencipta watak melalui pengamatan dunia sekeliling, Ujang diisytiharkan muflis selepas gagal membayar hutang berjumlah RM1.8 juta kepada syarikat percetakan selepas tuntutan 30% perkongsian keuntungan dalam perniagaan gagal diperoleh susulan daripada karya-karyanya yang tidak dipatenkan di bawah Akta Hakcipta 1987.
Isu pada tahun 2018 ini berlarutan sehingga ke mahkamah dan diisytiharkan muflis pada tahun 2000.
Dalam satu perkongsian baru di Facebook miliknya, Ujang berkongsikan proses beliau dalam menuju ‘kemuflisan’.
https://www.facebook.com/budakminang/posts/10220886182157929