
Diperlakukan Seperti Hamba, Lelaki Kongsi Kisah Adiknya Jadi Mangsa Sihir ‘Mak Angkat’
Seorang lelaki, Mohd Azwan meluahkan rasa penuh syukur kerana telah berjaya menemui semula dan menyelamatkan adiknya yang hilang selama hampir setahun dipercayai menjadi mangsa sihir seorang yang dianggapnya sebagai ibu angkat.
Amat menyedihkan kerana adiknya itu didapati tidak menunjukkan emosi langsung ketika ayah mereka meninggal dunia dan sanggup memutuskan terus hubungan dengan keluarga sendiri.
Hanya menurut sahaja kehendak wanita tersebut, duit gaji adiknya turut lesap kerana kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya dipegang oleh wanita tersebut hinggakan makan minumnya sendiri terabai.
Untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama, berikut merupakan petikan dari perkongsian yang dibuat oleh Mohd Azwan di Facebook Group BATU PAHAT.
Semoga orang ramai lebih berwaspada dari terpedaya menjadi mangsa sihir seperti ini.
Adik saya disihir oleh perempuan tersebut semasa di KL lagi. Adik menceritakan kepada kami dia ditegur hampir setiap hari sewaktu berjalan di kawasan kerjanya di Puchong. Pada hari ketiga, perempuan itu memberi nombor telefonnya kepada adik saya. Dalam masa sama, adik saya diberi makan nasi.
Selepas itu, adik saya pulang ke kampung. Pada waktu itu kami perasan kelakuan adik saya ini berbeza, dia cuba mengelak dari kami dan tidak bercakap. Kami beranggapan itu adalah perkara biasa dan dia tidak ada apa-apa masalah dengan ahli keluarga.
Adik saya senyap-senyap bungkus kain baju dan dokumen-dokumen penting waktu itu secara senyap-senyap. Kami mula perasan dengan tindakannya yang pelik, tanya banyak kali baru cakap nak ke Batu Pahat, Johor, nak kerja dekat rumah mak angkat yang baru dia kenali katanya. Kami cuba menghalang dia, namun dia pergi juga dengan menaiki bas.
Lebih kurang 2-3 bulan dia masih berhubung dengan kami tapi bila saya tanya berkaitan dengan mak angkatnya dia cuba mengelak. Saya minta dia hantar lokasi rumah, lokasi tempat kerja tapi sampai ke hari ni tak hantar-hantar.
Selepas itu, adik saya lupa pada keluarga, sehinggakan abah kami meninggalkan pun dia seperti tidak ada apa-apa rasa sedih dan sebagainya (waktu tu last dia angkat telefon).
Adik saya cerita pada kami yang dia lupa pada keluarga dan tak ingat apa-apa pun tentang diri sendiri, dia hanya patuh kepada arahan perempuan tu sahaja. Setiap kali kami call kalau perempuan tu ada dengan adik saya, dia sendiri akan bagitahu jangan angkat call, lalu adik saya akan patuh.
Jika adik saya tidak bersama dia, jari dia terasa berat untuk angkat call dan rasa sakit-sakit. Adik saya juga sering mendengar bisikan jika dia mula teringatkan pada ahli keluarga. Apabila kami call, bisikan mula beritahu jangan angkat.
Kad bank adik saya dipegang sepenuhnya oleh perempuan tersebut. Duit gaji adik saya digunakan untuk makan minum, sekolah anak mereka, minyak motor kereta, membayar sewa rumah, bil air dan elektrik.
Mereka ada berniaga di pinggir jalan dengan menjual makanan ringan. Siapa-siapa yang biasa beli makanan dia orang tu hati-hati la, mungkin makanan-makanan mereka jual tu pun dah bercampur dengan benda-benda kotor, kalau beli sekali pasti beli 2 kali.
Adik saya berjalan kaki dari rumah sewa mereka ke tempat kerja setiap hari selama hampir setahun kerja. Pihak kilang menceritakan saya keadaan adik saya selama hampir setahun kerja, waktu rehat hanya minum air sahaja, kadang-kadang makan nasi sahaja dengan bawang. Itu pun makan minum sambil menyorok-nyorok.
Ada yang belanja makan untuk adik saya jika ada rakan-rakan yang kesiankan dia. Sampaikan pernah pakai kasut ikat dengan tali, tak mampu nak beli baru. Nasib baik ada rakan-rakan kerja dekat sana yang baik belikan kasut untuk adik saya.
Sampaikan pakai baju pun yang koyak rabak tak pernah pun perempuan tu nak belikan. Bila rakan-rakan kerja tanya apa masalah, adik saya hanya senyap tak boleh nak bercerita dan mengelak untuk bercakap. Adik saya bagitahu hanya makan sekali sehari selepas pulang bekerja, itu pun makan lebihan dari dia orang.
Kepada penduduk sekitar yang mengenali perempuan dan suaminya itu, harap berhati-hati. Jangan ada lagi yang terkena dengan sihir dia orang. Harap tuan rumah sewa tu pun halau keluar je terus.
Dia orang tu hidup dengan iblis, tak layak hidup dengan masyarakat setempat. Kalau tak ada adik saya yang kerja cari makan untuk dia orang, dah lama dia orang merempat.
Harap-harap dia orang terima la balasan setimpal. Duit adik saya kerja gaji sebulan lebih kurang 2 ribu lebih sekali OT, semua lesap gitu je. Kami semak duit dalam kad bank hanya ada RM18 je. Tak apalah, kami anggap adik saya tak ada rezeki.
Kami nak tuntut balik duit adik saya pun tak boleh, kita pun orang susah, nak balas balik dengan pakai undang-undang kami tak mampu. Moga dia orang dibalas Allah atas apa yang dah dia orang lakukan..
Keadaan adik saya kini Alhamdulillah dah semakin pulih, kalau nak dibandingkan masa pertama kali jumpa dia dekat kilang waktu tu, kini dia lebih baik.
Masa mula-mula jumpa tanya apa pun tak nak bagitahu pasal perempuan tu, sampaikan tanya mak sendiri pun tak ingat. Selepas suruh dia istighfar, mengucap, baca ayat-ayat Al-Quran, dia mula boleh bercakap apabila ditanya.
Kini adik saya dalam fasa untuk berubat dengan cara perubatan Islam nak buang benda-benda kotor yang dia dah makan. Moga-moga adik saya terhindar sepenuhnya dari sihir-sihir tersebut..
BACA: ‘Masih Ada Yang Amalkan’ – Kerajaan Diminta Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir
Sumber & kredit foto: Facebook Group BATU PAHAT
Trending now



