
Diperkenal Secara Rasmi, Netizen Berharap Luqman Hakim Dapat Banggakan Malaysia
Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin diperkenalkan secara rasmi oleh kelab baharunya KV Kortrijk, sebaik tiba di Belgium.
Pemain berusia 18 tahun itu yang berlepas dari Malaysia awal pagi semalam tiba di Brussel jam 1 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Ketibaan Luqman disambut ejennya dan wakil kelab KV Kortrijk. Dia kemudiannya di bawa ke Stadium Guldensporen yang menjadi gelanggang rasmi kelab Divisyen 1 Belgium itu.
Luqman kemudian diberikan jersi No. 9, nombor yang biasanya digunakan oleh penyerang utama sebelum diperkenalkan secara rasmi.
Dia dijangka menyertai sesi latihan rasmi bersama KV Kortrijk sebaik tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.
Pengenalan Luqman sebagai keluarga baharu Kortrijk turut dimuat naik dalam media sosial kelab.
Welcome in Kortrijk, Luqman! 😍
🔴⚪ #WelcomeLuqman pic.twitter.com/8MZ95Ni1rL
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 13, 2020
Penyertaan Luqman dalam kelab tersebut menjadi perhatian orang ramai dan namanya sedang trending di laman sosial Twitter.
Ramai berharap Luqman dapat melakukan yang terbaik sepanjang mengikat kontrak lima tahun sekali gus membanggakan nama Malaysia di persada dunia. Bagi peminat bola sepak, mereka mengharapkan Luqman tidak cepat mengalah dan peluang awal ke Malaysia seperti yang terjadi oleh pemain Malaysia sebelum ini.
Memetik sumbar Awani, anak muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sedia berdepan dengan cabaran yang menantinya sepanjang berkelana di negara empat musim itu.
“Saya sudah berjanji kepada diri sendiri, kalau balik (Malaysia) pun saya makan maki sahaja.
“Mereka ada sepasang kaki, saya juga ada sepasang kaki jadi buat apa saya hendak takut.
“Jiwa saya kena kental,” katanya sebelum bertolak ke Belgium.

Meninggalkan keluarga dalam usia 18 tahun nyata memberikan kesan buat Luqman apatah lagi perjalanannya kali ini seorang diri, lantas kesedihan menyelubungi dirinya namun semua itu disimpan dalam hati demi membantu keluarga dan menaikkan nama negara.
Tahniah, Luqman Hakim!
BACA: Nilai Pasaran Luqman Hakim RM247,000
Trending now



