
Dipercayai Bahaya Hingga Boleh Meragut Nyawa, Penjualan Bedak Johnson & Johnson Akan Dihentikan
Memang sejak zaman-berzaman, jenama bedak talkum Johnson & Johnson menjadi pilihan ramai dan amat popular di seluruh dunia.
Tidak kira apa saja kegunaannya, sama ada untuk dipakai ketika menukar lampin bayi, dijadikan hadiah orang baru bersalin, ditaburkan di atas papan karom atau diletakkan dalam sampul surat cinta, bedak ini selalunya boleh didapati di setiap rumah di Malaysia.
Namun, walaupun sebelum ini penemuan mengejutkan yang mengaitkan bedak ini dengan kanser telah dinafikan, Johnson & Johnson akhirnya akur dan akan menghentikan penjualannya di seluruh dunia mulai tahun 2023.
Setakat manakah bedak ini merbahaya? Patutkah kita berhenti memakai bedak? DrRizal Abu Bakar ada membuat hantaran mengenai isu bedak Johnson & Johnson ini di Facebooknya:
Pernah pakai bedak ni? Atau masih pakai? Rata-rata ramai rakyat Malaysia pernah pakai bedak bayi. Bau dia sedap.
Bedak ni mula dijual pada tahun 1894. Lama tu.
Hari ni ada announcement. Bedak ni akan dihentikan pengeluaran dan pengedaran di Kanada dan US.
Sepanjang puluhan tahun di pasaran bedak ni, pengeluar disaman 38,000 kali. Ramai wanita dakwa mereka terkena kanser ovari sebab guna bedak ni.
Pengeluar dah kena bayar 4.1 bilion USD kepada 22 orang penyaman. Mahkamah Missouri yang tetapkan. Dari jumlah 22 orang, seorang penyaman dapat bayaran USD2 bilion.
Dari 22 orang, 6 dah meninggal sebab kanser ovari semasa verdict mahkamah.
Kenapa kena saman? Dikatakan dalam bedak corn starch ni ada asbestos. Boleh sebabkan kanser.
Pengeluar nafikan. Macam biasa.
Reuters laporkan hasil siasatan mereka pada 2018 dapati ada asbestos. Laporan dalaman juga sebut asbestos dijumpai dari tahun 1971 hingga tahun 2000.
Cuba check ada lagi tak bedak ni kat rumah. Atau tahu tak siapa guna lagi. Kita kena hati-hatilah.
Boleh baca details di laporan di bawah ni. Boleh buat conscious decision lepas baca. Anda putuskan.
https://www.reuters.com/investigates/special-report/johnsonandjohnson-cancer/
https://www.bbc.com/news/business-44816805.amp
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar
Trending now



