Intern Razer Dipaksa Jadi Pikachu 4

Dipaksa Menari Atas Pentas, Lihat Apa Yang Razer Lakukan Pada ‘Intern’ Mereka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda rasa kehidupan anda sebagai intern atau pelajar latihan industri sudah cukup sukar, maka kami minta anda kembali bermuhasabah diri selepas membaca kisah ini.

Kebanyakan daripada pelajar latihan industri akan sibuk melakukan pelbagai tugasan seperti menyusun data dan sebagainya tetapi tugas pelajar latihan industri di syarikat Razer ini jauh lebih sukar dan mencabar.

Intern Razer Dipaksa Jadi Pikachu

Semasa majlis perasmian untuk produk permainan video kerjasama ‘Razer x Pokemon’ di China 9 November lalu, CEO Razer, Min-Liang Tan mendedahkan bahawa pelajar latihan industri di Razer diberikan tugasan untuk membuat persembahan sebagai Pikachu.

Terpaksa memakai kostum maskot Pikachu, keletah comel mereka dapat dilihat dalam satu pautan video yang dimuat turun di Facebook Page beliau.

https://www.facebook.com/minliangtan/videos/413941472891649/?v=413941472891649

Bukan itu sahaja, Tan turut memuat naik satu paparan video yang memperlihatkan babak di sebalik tabir sebelum sekumpulan Pikachu tersebut berjaya naik ke pentas dan melakukan persembahan. Comelnya!

https://www.facebook.com/minliangtan/videos/2090478181053341/?v=2090478181053341

 

Aksi comel Pikachu-Pikachu itu bukan sahaja berjaya mencuri perhatian orang ramai yang hadir di sana, malah disensasikan sehingga Tan secara bergurau memberitahu Pikachu tersebut telah membuatkan semua seakan tidak mempedulikan syarikat mereka.

https://www.facebook.com/minliangtan/posts/2654248747966224?__tn__=-R

Menurut Tan, produk kolaborasi antara Razer dengan Pokemon ini hanya dijual dalam masa terhad sahaja di China dan berkemungkinan besar tidak dipasarkan untuk pasaran antarabangsa.

Intern Razer Dipaksa Jadi Pikachu 2

Tak dapat beli produk kolaborasi ‘Razer x Pokemon’ ini pun tak apalah, asalkan kita terhibur dengan aksi comel maskot Pikachu ini.

Tahniah pasukan intern Razer!