Wanita Uighur Dipaksa Jadi Pekerja Buruh

Dipaksa Gugur Kandungan, Wanita Uighur Turut Dikerah Sebagai Buruh Kasar Untuk Parti Komunis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa minggu ini, kecoh mengenai pencabulan hak kerajaan China terhadap kaum Uighur yang berada di Xianjing, China.

Menimbulkan kemarahan penduduk dunia, China sehingga kini masih menafikan kekejaman mereka terhadap etnik Uighur.

Antara yang kekejaman yang berjaya dibongkarkan ialah China menempatkan individu etnik Uighur yang ditahan di satu kem tahanan di bawah nama kem pendidikan.

China Musnahkan Kubur Etnik Uighur 1

Malah wanita Uighur yang bergelar isteri turut dicabul kehormatan mereka dengan mengupah lelaki Han untuk meniduri mereka di bawah satu program yang berselindung di sebalik ideologi perpaduan etnik dan keluarga dengan ganjaran kemewahan.

BACA: Tawar Ganjaran Mewah, China Anjur Program ‘Rog*l Sistematik’ Paksa Wanita Uighur Kahwini Lelaki Han

Baru-baru ini, beberapa individu wanita Uighur yang ditahan mendakwa mereka dipaksa oleh pihak bertanggungjawab untuk menggugurkan kandungan.

Wanita Uighur Dipaksa Jadi Pekerja Buruh 1

Apabila pihak kem tahanan mengetahui bahawa ada wanita tahanan yang mengandung, mereka akan dihantar untuk menggugurkan kandungan secara paksa.

Bukan itu sahaja, mereka yang ditahan turut dipaksa untuk bekerja sebagai buruh tanpa diberikan pilihan untuk menolak.

BACA: Tawar Ganjaran Mewah, China Anjur Program ‘Rog*l Sistematik’ Paksa Wanita Uighur Kahwini Lelaki Han

Tahanan yang majoritinya adalah orang Kazakhstan dan Uighur akan dipaksa untuk menjalani latihan mirip seperti latihan ketenteraan untuk menjadikan mereka sebagai pekerja yang patuh kepada Parti Komunis dan pemerintah.

Sumber: NY Times, Al-Jazeera