Beli Rumah

Dilema Tak Mampu Beli Rumah, Tapi Malu Sering Ditanya Sampai Bila Nak Menyewa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang sudah menjadi kebiasaan, apabila seseorang itu tinggal di rumah sewa, pasti ada suara-suara ‘sumbang’ yang sibuk bertanya – kenapa tidak beli rumah sendiri, sampai bila hendak menyewa dan pelbagai lagi soalan yang kurang menyenangkan.

Oleh yang demikian, seorang Perunding Hartanah, Hamizi Hamdan telah membuat satu perkongsian di Facebooknya bagi membantu golongan muda yang masih tidak mampu untuk membeli rumah sendiri cara untuk menghadapi situasi tersebut.

Menurut beliau, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya sebelum seseorang individu itu membuat komitmen atau sebarang keputusan untuk membeli rumah.

Beliau turut memberi cadangan dan panduan bagaimana caranya untuk mengelakkan diri dari ditanya lagi dengan soalan-soalan seumpama itu di masa hadapan.

Ikuti jawapan padu yang diberikan oleh beliau dalam hantarannya berikut.

1 Beli Rumah

Ramai yang pm saya. Minta pandangan dan pendapat.

Mereka tak mampu nak beli rumah (termasuk bayar bulanan bank). Tapi mak bapak, adik-beradik, ipar duai semua dok tanya sampai bila nak bayar kan rumah orang (menyewa).

Cadangan saya sentiasa sama. Makan kena cukup dulu tak perlu sampai kena ikat perut. Kira betul-betul. Lepas bayar loan baru (loan rumah) ada baki duit ke tak? Kalau ada baki cukup ke tak bila ada emergency?

Kalau jawapannya negatif, tanya orang sekeliling tu “siapa nak tolong bayar kan jom terus booking dekat show house”.

Macam ni lah. Yang menanggung hutang tu diri sendiri. Takde orang nak tanggung kan untuk kita. Yang nak kata “padan muka hang” tu ramai.

BACA: Kenapa Baki ‘Loan’ Rumah Bertambah Atau Masih Tetap Sama Walau Dah Dibayar Bertahun?

Sumber: Hamizi Hamdan