
Dilema Pilih Bidang Pengajian? Ini Senarai Pekerjaan ‘Hot Demand’ Pada Masa Kini
Senarai Pekerjaan ‘Hot Demand’ Pada Masa Kini.
Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian, kini bukan lagi jaminan bagi pelajar memperoleh pekerjaan bergaji setimpal dengan kelulusan.
Situasi ini sering diperdebatkan kerana saban tahun jumlah graduan dan siswazah menganggur meningkat.
Ramai terpaksa menceburi pekerjaan bukan bidang pengajian, selain dibayar gaji atau imbuhan tidak setimpal dengan kelulusan dimiliki.
Malah, kita kini sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang telah membuatkan ramai orang kehilangan pekerjaan.
Ini telah menyebabkan para pelajar lepasan SPM yang akan menyambung pelajaran ke peringkat menara gading dilema untuk memilih jurusan yang lebih sesuai.
Mengambil risiko menceburi kerjaya di luar aspek pembelajaran bukan satu isu besar kerana mereka yang diberi peluang boleh mempelajarinya ketika kerja.
Namun, sering kali aspek pengalaman menjadi persoalan. Bagi golongan muda, bagaimana mahu mencipta pengalaman sekiranya mereka tidak diberi peluang dan ruang mencuba sesuatu yang baru?
Di sini kami kongsikan antara pekerjaan yang menjadi hot demand buat masa sekarang.
Jadi, anda yang sedang dalam dilema dan masih memikirkan bidang pengajian boleh merujuk senarai di bawah sebagai persediaan.
1. Software developer
2. IT administrator
3. Digital marketer
4. Data analyst
Tahukah anda, Microsoft ada menyediakan free learning? Jadi, boleh kemaskini resume apabila sudah habis latihan nanti.
Jika anda berminat untuk sertai pembelajaran dari Microsoft, boleh ikuti langkah dibawah:
Langkah 1: Layari di bit.ly/33z20XF
Langkah 2: Pilih bidang yang anda minat
Langkah 3: Tekan di pautan ‘start learning’
Anda akan menerima sijil perakuan!
BACA: JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19
BACA: Menuju Era Digital, Ini Senarai Kerja Baharu Yang Akan Wujud Dan Pupus Pada 2022 Menurut WEF
Sementara itu, selain bidang pekerjaan yang disenarai di atas, berikut antara bidang pekerjaan yang kekal relevan dan masih diperlukan.
1. Bidang Logistik
2. Industri insurans
3. Agrikultur
Sumber: LinkedIn
Trending now



