Dikuarantin Bersama Dua Adik, Kanak-Kanak 9 Tahun Galas Tanggungjawab Ibu Bapa 3

Dikuarantin Bersama Dua Adik, Kanak-Kanak 9 Tahun Ganti Galas Tanggungjawab Ibu Bapa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dikuarantin bersama dua adik, kanak-kanak sembilan tahun galas tugas ganti peranan ibu bapa.

Baru berusia sembilan tahun, namun sudah memegang tanggungjawab besar menjaga adik-adiknya bagi pihak ibu bapa.

BACA: COVID-19 Buatkan Manusia Berkurung, Haiwan Pula Bebas Di Jalanan

Dikuarantin di Pusat Kuarantin COVID-19 Marang (PKCM) selama 14 hari, Hussain Izzuddin Che Mad, sembilan tahun mengambil alih tugas kedua ibu bapanya menjaga adik-adiknya masing-masing berusia tujuh dan enam tahun memandangkan pusat berkenaan tidak membenarkan kemasukan orang luar.

Ditempatkan di PKCM sejak 7 April lalu akibat berkontak rapat dengan individu dalam siasatan (PUI) kes di sebuah pusat tahfiz Sheikh Daud al Fatoni (PPSDAAF) di Pasir Putih, Hussain bertanggungjawab menjaga dan menguruskan adiknya.

Dikuarantin Bersama Dua Adik, Kanak-Kanak 9 Tahun Galas Tanggungjawab Ibu Bapa
Sumber: Harian Metro

Memujuk adiknya yang menangis dengan mengajak mereka bermain karom dan dam, mereka ada menghubungi keluarga dan berdoa bagi mengubati kerinduan.

Biarpun dikuarantin bersama dua adik-adiknya tanpa kehadiran ibu bapa selama dua minggu, Hussain masih positif kerana di sana beliau masih boleh keluar, makan, bermain, sembahyang, mengaji dan membaca buku bersama rakan yang lain.

Hanya dibenarkan bertemu ibu dan ayah selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini kali pertama mereka tidak bertemu ibu dan ayah dalam waktu yang lama.

Walaupun biasa berjauhan kerana belajar dan tinggal di PPSDAF, kali ini merupakan pengalaman pertama tidak berjumpa langsung dengan keluarga mereka kerana rutin lawatan sekali seminggu ibu bapa mereka terpaksa ditangguhkan.

Dikuarantin Bersama Dua Adik, Kanak-Kanak 9 Tahun Galas Tanggungjawab Ibu Bapa 2
Sumber: Astro Awani

Tiga beradik berkenaan antara 15 orang yang dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan negaif COVID-19.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro