Kamera Kodak

Dikongsi Lebih 92K Kali, Lihat Cara Lelaki Ini Tukar Filem Negatif Lama Jadi Gambar Digital

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dikongsi lebih 92,000 kali, lihat cara lelaki ini tukar filem negatif jadi gambar digital.

Mereka yang lahir pada tahun 80-an hingga 90-an pastinya mengenali kamera yang menggunakan roll film yang kemudiannya boleh dicetak menjadi kepingan gambar.

Dipanggil sebagai kamera Kodak, kamera ini merupakan produk awal dunia kamera sebelum ianya melalui fasa evolusi digital.

**Baca sejarah kamera DI SINI.

Biarpun zaman roll film sudah semakin jauh ditinggalkan, tidak dinafikan masih ada yang setia menggunakan kamera Kodak dan menyimpan filem-filem negatif lama mereka sebagai koleksi simpanan peribadi.

Kamera Kodak
Sumber: Photo Jottings

Limitasi daripada segi kepingan filem menjadikan pemilik biasanya hanya merekodkan momen bermakna sahaja yang menjadikan setiap gambar yang diambil berharga.

BACA: Terlalu Obses Dengan Kamera, Jurufoto Namakan Anak Canon, Nikon Dan Epson

Namun, sejak beberapa tahun belakangan ini banyak kedai yang ‘mencuci’ negatif filem kepada gambar ditutup menyebabkan mereka yang menyimpan koleksi filem negatif ini terpaksa menyimpan gambar mereka dalam bentuk filem tanpa mencetak.

Daripada dibiarkan tersimpan, kenapa tidak anda tukarkannya kepada gambar digital? Lihat  tutorial ringkas dengan hanya menggunakan aplikasi suntingan gambar daripada lelaki yang dikenali sebagai Jh-Arland Pasion ini.

1. Ambil negatif filem yang anda kehendaki.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2791429367849216&set=a.1535905186734980&type=3

2. Buka gambar latar belakang putih di telefon pintar (gunakan telefon ke-2) dan letakkan negatif filem tadi di atas gambar tersebut.

3. Tingkatkan tahap kecerahan telefon supaya anda foto negatif filem dapat dilihat dengan lebih jelas.

Negatif Filem Jadi Gambar 3

4. Buka aplikasi PicsArt atau mana-mana aplikasi yang boleh digunakan sebagai bahan suntingan – yang penting ada fungsi ‘negative’ dan ‘enhance tool’.

5. Klik pada ikon ‘effect’ dan kemudian ikon ‘colour’ sebelum klik pada ikon ‘negative’. Sekiranya perlu, klik lagi ikon ‘negative’.

Dikongsi Lebih 92K Kali, Lihat Cara Lelaki Ini Tukar Negatif Filem Jadi Gambar Digital 1

6. Klik ikon ‘adjust’ untuk melaraskan gambar mengikut spesifikasi yang anda perlukan.

Dikongsi Lebih 92K Kali, Lihat Cara Lelaki Ini Tukar Negatif Filem Jadi Gambar Digital 2

Contoh yang beliau beri:

  • Brightness: +10
  • Contrast: +50
  • Saturation: -50
  • Highlights: -5
  • Shadow: +15

8. Klip ‘crop’ untuk potong gambar anda sebelum laraskan kedudukan gambar dan simpan.

Dikongsi Lebih 92K Kali, Lihat Cara Lelaki Ini Tukar Negatif Filem Jadi Gambar Digital 4

Hasilnya nanti akan jadi begini:

Dikongsi Lebih 92K Kali, Lihat Cara Lelaki Ini Tukar Negatif Filem Jadi Gambar Digital
Sumber: Jh-Arland Pasion

Selamat mencuba!