Dikecam Kerana Iklan Pilih Pekerja Muslim Yang Jaga Solat, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik

Dikecam Kerana Iklan ‘Pekerja Muslim Dan Jaga Solat’, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dikecam kerana iklan pekerja Muslim dan jaga solat, ini jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik.

Satu iklan jawatan kosong oleh sebuah klinik pergigian swasta di Shah Alam, Dental Republik telah menerima kecaman hebat selepas syarat ‘hanya individu Muslim dan menjaga solat’ menjadi perhatian netizen.

BACA: Imbau Memori Zaman Sekolah, Iklan PETRONAS Tampil Animasi Getah Pemadam Seluruh Negeri Sempena Hari Merdeka

Ada yang mengkritik dengan mengatakan adakah perlu tahap agama seseorang itu dijadikan sebagai ukuran bagi membolehkan mereka diterima beerja.

Biarpun dikritik, Pengarah Eksekutif Dental Republik, Dr Nik Ahmad Syakir tetap mempertahankan syarat iklan yang mahukan pekerja Muslim tersebut dengan hujah bahawa agama Islam telah menggariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orag dalam mencari rezeki sama ada pekerja awam, swasta atau bekerja sendiri.

Dikecam Kerana Iklan Pilih Pekerja Muslim Yang Jaga Solat, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik 1

Menurut Dr Nik, meletakkan ketaatan dan kepercayaan kepada agama sebagai panduan bagi memastikan setiap pekerjaan dilakukan mendapat rezeki yang halal, berkat dan reda Tuhan.

“Ini kepercayaan kami orang Islam. Sama juga dengan agama lain yang percaya fengshui dan sebagainya.

Jadi, jika ada yang tak rasa selesa dengan keputusan ini, kami dari Klinik Pergigian Dental Republik memohon maaf namun kami tetap dengan pendirian kami dalam memilih pekerja.”

Sebelum ini, iklan Wan Maimunah diragut pada 20 tahun lepas masih lagi diingati rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, iklan tersebut sering kali ditayang di televisyen hingga kita sendiri boleh menghafal babak-babak iklan tersebut. Sehinggakan, iklan tersebut dijadikan ‘troll’ oleh warganet.

Wajah lelaki yang melakonkan watak peragut itu menjadi popular di media sosial gara-gara ramai yang suka menjadikan ia sebagai bahan meme.

Oleh sebab iklan peragut masih popular walaupun sudah hampir 20 tahun, Wan Maimunah berhasrat untuk bertemu kembali dengan individu yang menjadi peragut itu.