Dikecam Kerana Aksi Tak Senonoh Anak, Lihat Apa Nasihat Lelaki Ini Kepada Netizen Mulut Bawang 2

Dikecam Kerana Aksi Tak Senonoh Anak, Lihat Apa Nasihat Lelaki Ini Kepada Netizen Mulut Bawang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dikecam kerana aksi tak senonoh anak, lihat apa nasihat lelaki ini kepada netizen mulut bawang.

Satu video tular di media sosial yang memaparkan aksi kurang sopan dua orang remaja mencetuskan kontroversi kerana dikatakan mirip seorang anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin.

Biarpun sudah diakui individu di dalam video tersebut adalah anaknya, netizen seakan tidak mahu senyap apabila secara terus menghentam beliau di ruangan komen sebagai seorang ibu yang tidak pandai menjaga anak.

https://www.instagram.com/p/CEqoNMXnFX_/

Kesal dengan apa yang berlaku, Nora yang teruk dikecam kerana video kontroversi itu dalam satu hantaran di Instagramnya menjelaskan beliau sudah mencuba yang terbaik dalam mendidik anaknya semampunya dalam kapasiti terbatas.

Berdoa semoga yang berlaku menjadi pengajaran kepada anaknya untuk menjadi insan lebih baik, anak sulung Nora dalam kenyataan hari ini memberitahu bersedia membawa individu yang menyebarkan video tersebut ke muka pengadilan.

Dikecam Kerana Aksi Tak Senonoh Anak, Lihat Apa Nasihat Lelaki Ini Kepada Netizen Mulut Bawang
Sumber: Malay Mail

Melihat kepada terlalu banyak komen-komen negatif yang menyalahkan Nora, seorang penulis, Hilal Asyraf tampil memberi nasihat kepada netizen-netizen yang terlibat.

BACA: Terlibat Dalam Tuduhan Jadi ‘;Bapa Ayam’Penulis Buku Popular Tampil Pertahankan Sahabatnya

Kata Hilal, sebaik mana pun ibu bapa mendidik anak-anak mereka, akhirnya anak tersebut akan tetap berhadapan dengan dunia dan pada ketika itulah mereka (anak) akan terlalu bergantung kepada dunia.

Ibu bapa bukan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab. Realitinya anak-anak hari ini dibesarkan oleh masyarakat melalui kandungan-kandungan di internet, filem, selebriti dan sebagainya.

Ada keluarga tidak dapat mendidik anaknya dengan baik, maka dinding seterusnya adalah sekolah dan guru.

Jika semuanya bergerak secara kolektif…

Muhasabah diri masing-masing.