page

Dikawal Seperti Boneka, Britney Spears Sedia ‘Berlawan’ Singkir Ayah Sebagai Penjaga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa bulan lalu, dunia dikejutkan dengan pendedahan bintang pop, Britney Spears bahawa beliau dkawal ayahnya yang terlampau mengongkong kehidupannya.

BACA: Berang Bekas Isteri Dah ‘Move On’, Ayah Sanggup Bunuh & Buang 2 Anak Ke Dasar Laut Untuk Balas Dendam

Semenjak beliau disahkan mengalami mental breakdown, mahkamah memutuskan yang Britney tidak mampu menguruskan dirinya.

Beliau kemudiannya diletakkan di bawah pemulihara (conservatorship) ayahnya, James Parnell Spears yang memiliki hak untuk mengaturkan kehidupannya.

Dikawal Seperti Boneka, Britney Spears Sedia ‘Berlawan’ Singkir Ayahnya Sebagai Penjaga 1
Sumber: Billboard

Malah kebenaran turut diberikan untuk James dalam mengakses jadual serta kewangan milik Britney.

Bermula daripada itu, bermulalah mimpi ngeri dalam kehidupan Britney.

Beliau bukan sahaja dinafikan hak untuk kewangan yang disalah guna James, tetapi juga dikawal daripada membuat keputusan sendiri termasuklah keputusan untuk berkahwin dan membuang alat pencegah kehamilannya.

09_07_2021_17_54_23_768546
Sumber: Dev Discourse

Serba serbi dikawal biarpun sudah hampir memasuki usia 40 tahun, Britney Spears memfailkan kes untuk menggugurkan hak pemulihara James kerana merasakan beliau berhak mendapatkan hak untuk mengendalikan kehidupannya semula.

Sebelum ini, para peminatnya seakan menyedari Britney dikawal James dan mereka telah melancarkan kempen #FreeBritney sebagai usaha untuk membebaskan Britney daripada kekejaman ayahnya sendiri.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, satu petisyen untuk mengugurkan James daripada harta pusaka bernilai USD60 juta (RM253.2 juta) telah dilancarkan.

Dikawal Seperti Boneka, Britney Spears Sedia ‘Berlawan’ Singkir Ayahnya Sebagai Penjaga 1
Sumber: AFP

Terdahulu, tahukah anda ada filem seram yang diangkat daripada kisah jenayah seorang ayah yang tergamak menjadikan anaknya sebagai pemuas nafsunya selama 25 tahun?

Diangkat daripada kisah sebenar, filem jenayah Girl in Basement mengisahkan mengenai seorang remaja perempuan, Sara (lakonan Stefanie Scott) yang dikurung ayahnya, Don (lakonan Judd Nelson) di ruang bawah tanah rumah mereka.

Baca lanjut: 25 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Ayah Sendiri, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Josef Fritzl