
Dikatakan Pernah Tewaskan Bruce Lee, Siapa Sebenarnya Dato’ Meor Abdul Rahman?
Dikatakan pernah mengalahkan Bruce Lee, siapa sebenarnya Dato’ Meor Abdul Rahman?
Seni mempertahankan diri iaitu silat dikatakan sudah wujud sejak abad ke-8 Masihi lagi. Di Malaysia, seni silat yang paling popular ialah Silat Gayong yang diasaskan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim.
BACA: ‘Deliver Us From Evil’ Filem Penuh Aksi Pertarungan
Memiliki darah keturunan Bugis yang mempunyai ikatan dengan Panglima Hitam dalam sejarah negeri Perak, pada tahun 2000, Dato’ Meor Abdul Rahman dikatakan pernah menewaskan Bruce Lee.
Namun, ianya tidak dapat dibuktikan benar kerana maklumat-maklumat dalam kisah tersebut tidak kukuh untuk dipercayai. Malah ini disokong sendiri oleh rakan baik Bruce Lee, Dan Inosanto yang menafikan kisah pertarungan antara dua individu itu pernah berlaku.
Menuntut ilmu persilatan dengan datuk dari sebelah ibunya, Syed Zainal Syed Idris al-Attas (sezaman dengan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman) ketika berusia 12 tahun, Dato’ Meor hanya memerlukan beberapa bulan sahaja untuk mempelajari ilmu persilatan berkenaan.
Semasa berusia 19 tahun, Dato’ Meor mempersembahkan ilmu beliau di hadapan Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar selepas bermimpi berjumpa dengan Hang Tuah dan semasa bangun beliau merasakan seolah diresapi satu tenaga kegagahan luar biasa.
Beliau kemudiannya dikurniakan dengan gelaran Panglima Sendo Perak sebelum dijemput untuk tinggal di istana sehinggalah kemangkatan Sultan Alang Iskandar pada tahun 1938.
Pada 1941, Dato’ Meor berhijrah ke Pulau Sudong dan memperkenalkan Silat Gayong buat pertama kalinya kepada tujuh pemuda sekitar tahun 1942.
Kehebatan Dato’ Meor dalam menewaskan tentera Jepun dengan menggunakan Silat Gayong menjadi bualan dan semakin ramailah yang mahu mempelajarinya. Seni Silat Gayong digunakan sebagai perlindungan untuk menangani ancaman lanun di perairan pulau.
Turut bekerja sebagai anggota polis bagi menentang pendudukan Jepun di Singapura dan Malaya, Dato’ Meor kemudiannya menubuhkan sekolah Seni Gayong, Seni Gayong School di Wodland, Singapura pada tahun 1960 selepas bersara.
Sejarah ada mencatatkan, pengasas UMNO, Allahyarham Dato Onn Jaafar juga pernah mengikuti kelas beliau.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Dato’ Onn dan Dato’ Meor bekerjasama mendaftarkan Seni Silat Gayong dan merupakan pertubuhan silat pertama yang didaftarkan serta merupakan perguruan silat terbesar negara.
Menerima darjah kebesaran Darjah Paduka Cula Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Perak Almarhum Sultan Idris, Dato’ Meor meninggal dunia pada 23 Jun 1991 semasa usianya 76 tahun.
Sumber: