
Dikata ‘Fishy’ Kerana Lambat Proses Pesanan, Usahawan OKU Ini Tampil Beri Penjelasan
Dikata fishy kerana lambat proses pesanan, peniaga atau usahawan OKU ini tampil beri penjelasan.
Seorang peniaga berkerusi roda yang memegang status orang kurang upaya (OKU), Daniel Cheng dalam satu hantaran di Twitternya berkongsi bahawa beliau dikatakan fishy kerana proses pesanan yang dilakukan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Aq rase sangat sedih dan tertekan. Aq baru je kena buli je dekat sini semalam. Aq ni Oku manage jualan biskut ni seorang seorang. Ade customer ni mintak refund sebab dia kata dia Tgu lama since august. Ok aq pon refund tp aq x sangka dia post dekat tweet pulak mengatakan aq fishy
— Daniel Cheng (@danielcheng91) November 21, 2021
Beliau yang menjalankan perniagaan menjual biskut, kerepek dan kekacang berkongsi pelanggan tersebut memohon untuk dipulangkan kembali wangnya atas alasan menunggu lama sejak dari bulan Ogos lagi.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Daniel memberitahu proses dari awal sehingga akhir dilakukannya secara sendirian; melayan pelanggan, membungkus dan penghantaran.
Cik blh tgk video saya di twitter . Semua kerja saya buat kerja seorang2 start Dari layan customer, packing sehingga posting ke customer
Cc: @bartbhrdn help me answer this bro
— Daniel Cheng (@danielcheng91) November 21, 2021
Kak I harap kak fhm situasi saya ye. Klu nk setel setel tepi xyah nk viralkan saya. Habis periuk nasi i hilang. Kdg2 I terlepas pandang. Bila I cakap Akan hantar saya Akan buat. Jgn nk samakan saya dengan org lain. I ni dh cukup professional siap refund on the spot.
— Daniel Cheng (@danielcheng91) November 21, 2021
“Pergerakanku tak sama dengan orang lain.”
Aq jual biskut ni sbb aq nk cari pendapatan. Aq Ade tanggungan aq sendiri🥲. Mengenai penghantaran customer saya Ade buat penghantaran daripada saya x buat betul x? Walaupun saya lambat tetapi order tetap Akan sampai. Bukti cara saya kerja semua Ade kat tweet . Blh tgk sendiri.
— Daniel Cheng (@danielcheng91) November 22, 2021
Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang menyokong Daniel sebagai usahawan OKU dan mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan berpanjangan.
Ada juga yang berkongsi bagaimana keadaan ini boleh diatasi. Antaranya:
Plan your orders. Complete in batches and open for new orders when you are done with your first batch. It just takes a bit of organising. Good luck.
— Jess_PhD (@DrJess7) November 21, 2021
Buat your order in batch. Its may take time but its neatly organised
— iris🌙 (@irisgoogoodoll) November 22, 2021
Sebelum ini, tular isu seorang usahawan wanita yang dikhianati suaminya sendiri yang merupakan pengasas bersama kepada satu jenama pakaian terkenal di Malaysia.
Seorang wanita yang turut bersimpati dengan nasib beliau telah meminta beliau supaya tidak memohon cerai kepada suaminya terutaanya jika beliau sedang mengandung kerana tuntutan mutaah (hadiah perkahwinan) tidak boleh dibuat.
Antaranya:
- Melantik peguam untuk menuntut hak anda dari mula syarikat ditubuhkan sehingga anda dibuang sama seperti pemegang saham yang lain.
- Jangan datang kerja dan jangan respon sekiranya suami memerlukan bantuan berkaitan syarikat. Fokus membina syarikat baharu. Hubungi semua pembekal syarikat lama, agen pemasaran lama dengan tawaran harga sedikit tinggi dengan jenama baharu.
- Mohon kaunseling atau sulh perbincangan di pejabat agama.
- Suami sah menceraikan, bayar peguam untuk membuat tuntutan di Mahkamah Syariah – nafkah isteri dalam edah, harta sepencarian, tuntutan mutaah, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan nafkah anak-anak, tuntutan bekas suami untuk menanggung kos melahirkan.
- Hubungi LHDN untuk laporan salah laku kewangan dan cukai syarikat.
Trending now



