
Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri, Undang-Undang Israel ‘Halalkan’ Rampasan Rumah Dari Rakyat Palestin
Pada tahun 1950, Israel telah memperkenalkan Undang-undang Hak Tanah dan Perancangan yang membolehkan hartanah milik pelarian Arab (sama ada diusir, melarikan diri atau meninggalkan negara) ditukar milik.
https://www.facebook.com/trtworld/videos/910815892794910
Maka, ramailah rakyat Palestin yang diusir keluar secara paksa dari rumah mereka selepas diusir penduduk Israel yang ‘meneroka’ kawasan mereka.
Biarpun perkara ini dibawa kepada pihak tertinggi mahkamah, keputusan akhirnya tetap berpihak pada orang Israel.

Ketidakadilan ini tidak terhenti pada rampasan rumah, tetapi pemilik rumah juga diminta untuk membayar perbelanjaan isi rumah yang dirampas.
Tonton video di bawah untuk lihat bagaimana situasi rakyat Palestin semasa mereka diusir dari kediaman mereka.
https://www.facebook.com/trtworld/posts/3011365105800292?__cft__[0]=AZVppMShUx3ZPgMnLCH831JkoiMep80dR2BXNivebHFJWbvQRQDHooRi42fE5SSqlo0VYmayeJjbdY5wPw_AjEn65HkMb2oykcXwAJT6M9HYHU-1KGuPjvae2eWb_8mHmdrv57N1wB6KwfgSCmBb2QHDIuzcESHgHneIkLPDkPnqLA&__tn__=%2CO%2CP-y-R
https://www.facebook.com/trtworld/posts/3008138976122905
Sebelum ini, syarikat e-dagang Amerika Syarikat, Amazon dikecam hebat berikutan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke Israel.
BACA: Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Jika Rakyat Palestin Letak Alamat Israel
Rakyat Palestin hanya akan menerima kelebihan perkhidmatan ini sekiranya mereka memilih alamat di Israel untuk pesanan USD49 (+-RM203) ke atas.
Menurut siasatan di Tebing Barat oleh The Financial Times, sekiranya masih meletakkan alamat di ‘Wilayah Palestin’, pengguna terpaksa membayar sekitar USD24 (+-RM99) untuk kos penghantaran.