Filem Terakhir Digimon 2

Digimon Kitchen Car Dibuka Semula Sempena Filem Terakhir ‘Digimon Adventure’ Februari Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Digimon Kitchen Car dibuka semula sempena filem terakhir Digimon Adventure Februari ini.

Digilai kanak-kanak era 90-an, Toei Animation pada pertengahan Disember lalu telah mengumumkan filem terakhir untuk siri ‘Digimon Adventure‘ Februari ini.

BACA: Netflix Umum Bakal Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece Sebanyak 10 Episod

Berkongsi trailer terakhir di laman Twitter rasmi mereka, keputusan Toei Animation ini terpaksa diterima ramai pengikutnya walaupun sedih.

Filem ‘Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna‘ yang akan ditayangkan di Jepun pada 21 Februari (Malaysia 16 Aril) ini merupakan yang terakhir selepas hampir 20 tahun berlalu.

Membuat penampilan sulung pada 1999, ramai yang kecewa siri ini hanya ditayangkan selama setahun (berakhir pada 2000).

Filem Terakhir Digimon

Dalam filem terakhir yang dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-20 filem animasi klasik ini, penonton dan pengikut siri digimon akan dihidangkan dengan babak pengembaraan terakhir watak-watak ini.

Ini bermakna dalam filem terakhir ini, Taichi, Yomato, Sora Koshiro, Jiou, Mimi, Takeru dan Hikari sudah pun memasuki alam dewasa dan berdepan ‘kesukaran’ akan kehilangan kuasa kanak-kanak mereka yang membawa kepada perpisahan dengan pasangan digimon masing-masing.

Bersempena dengan itu juga, kedai Animate dan juga Digimon Kitchen Car yang pernah hadir semasa promosi Digimon Tri kini kembali semula sehingga 8 Mac ini.

Filem Terakhir Digimon 1

Di Digimon Kitchen Car, peminat boleh memesan makanan dan minuman yang kesemuanya bertemakan Digimon!

Yang ada di Jepun, bolehlah ke sana untuk ‘mencuci mata’.

Sumber: Gamer Santai