Rakyat Malaysia Paling Tinggi Hidap Kencing Manis 2

Digelar Syurga Makanan, Malaysia Juarai Carta Penghidap Kencing Manis Paling Ramai Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja Malaysia, yang terbayang di fikiran adalah kepelbagaian sajian makanan yang enak-enak.

Digelar sebagai syurga makanan, sebut sahaja makanan apa yang anda mahukan pasti ada di Malaysia, tidak kiralah sama ada yang tempatan atau pun luar negara pasti semuanya tersedia.

BACA: Trend Makan Diri, Padah Gilakan Makanan ‘Viral’ Gadis Ini Kongsi Derita Hampir Menjadi Buta

Tambah pula dengan trend air boba yang semakin menular dan gerai-gerai jualan yang semakin ‘membiak’ bagaikan cendawan selepas hujan, belum lagi dikira restoran makanan segera yang ada.

Jika anda fikir ini adalah sesuatu yang biasa, maka kembalilah ke jalan yang benar.

Ini kerana disebabkan trend makanan manis ini jugalah, rakyat di Malaysia dinobatkan sebagai penghidap penyakit kencing manis paling ramai di dunia. Bukan Asia tau, DUNIA!

Walaupun sudah banyak kesedaran yang diberikan oleh doktor-doktor perubatan bertauliah, rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan gaya hidup sebegini yang akhirnya membawa padah kepada kesihatan tubuh badan.

Bak kata Dr. Amalina Che Bakri,

Untuk pengetahuan anda kadar insiden penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) merupakan penyakit buah pinggang kronik yang mana organ ini hanya akan berfungsi pada 10% hingga 15% daripada kapasiti normal.

Jika sedekad lalu, negara seperti Taiwan, Amerika Syarikat dan wilayah Jalisco, Mexico merupakan yang tertinggi menghidap penyakit ini.

Itu jika lihat pada data tahun lalu, bagaimana pula dengan data tahun ini?

Peringkatan secara berkala iaitu meningkat daripada 2% hingga 4% setahun dan hampir 30% negara termasuklah Malaysia sehingga ‘berjaya’ menjadikan Malaysia juara pesakit kencing manis paling tinggi di dunia.

Rakyat Malaysia Paling Tinggi Hidap Kencing Manis

Nak salahkan siapa? Trend, gerai jualan makanan manis atau pun diri sendiri yang tidak pandai mengawal pemakanan?

Sumber: USRDS