Tri Rismaharini

Digelar ‘Singa Betina’, Kenali Figura Menteri Surabaya Yang Garang Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di sebalik kejayaan Surabaya sebagai kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta, ramai yang tidak tahu keamanan dan keindahan di Surabaya hasil daripada acuan seorang wanita.

Terkenal sebagai ‘Singa Betina’, Tri Rismaharini merupakan anak kelahiran Kediri, Jawa Timur yang sudah berusia 57 tahun.

Merupakan wanita pertama yang mencipta sejarah kerana terpilih sebagai Wali Kota Surabaya (Menteri Surabaya), beliau yang mesra dipanggil Risma ini turut tercatat sebagai wanita pertama yang dipilih menjadi menteri negeri melalui pemilihan kepala (ketua) daerah dalam sepanjang sejarah demokrasi Indonesia dalam era reformasi.

Singa Betina Tri Rismaharini 1

Bukan itu sahaja, beliau juga telah mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Indonesia yang berulang kali namanya tersenarai dalam senarai pemimpin terbaik dunia kerana aktif dalam aktiviti masyarakat, pembangunan dan kelestarian bandar serta lain-lain lagi.

Risma juga telah menerima anugerah gelaran kehormat Doktor Honoris Causa, iaitu gelaran kesarjanaan dari institusi pengajian tinggi yang diberikan kepada individu yang memenuhi syarat tanpa perlu mengikuti kursus atau kelas dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya.

Memerintah pada 28 September 2010 sehingga 28 September 2015 bagi menggantikan Soekamto Hadi, Risma kemudiannya digantikan sekejap oleh Nurwiyatno sebelum menyambung kembali tugasnya pada 17 Februari 2016 sehingga sekarang.

Sepanjang kepimpinannya, Surabaya pernah meraih tujuh kali Piala Adipura Kencana berturut-turut sejak 2011 hingga 2017 untuk kota metropolitan dan Anugerah Adipura Paripurna pada tahun 2016.

Singa Betina Tri Rismaharini 2

Risma juga pernah dinobatkan sebagai Menteri Terbaik Ketiga Di Dunia oleh World City Mayors Foundation di atas keberhasilan beliau mengubah Surabaya menjadi lebih ‘hijau’ dan rapi serta bernah dinobat sebaris dengan tokoh berpengaruh lain seperti Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook), Narenda Modi (Menteri India) dan sebagainya di majalah Fortune pada 2015.

Keberanian beliau bukan calang-calang. Antara yang terbesar beliau pernah lakukan ialah menutup kawasan pelacuran terbesar di Asia Tenggara iaitu Gang Dolly di Jarak, Pasar Kembang, Surabaya yang meletakkan wanita sebagai display di ruangan berdinding kaca.

Kalau lakukan sahaja carian nama Tri Rismaharini di YouTube, kebanyakannya akan keluar adalah video yang menunjukkan ketegasan dan karisma beliau dalam memimpin, antara yang paling lejen:

1. Peristiwa PUNGLI (Pungutan Liar)

2. Ketika melakukan lawatan kebersihan

3. Pegawai bergurau semasa beliau melakukan pengucapan di hadapan

Jika Risma memegang Indonesia selepas Presiden Jokowi, kami rasa tidak mustahil nama negara Indonesia akan gah seiring dengan negara maju lain.

Untuk tahu lebih lanjut, anda bolehlah melakukan pembacaan pada thread di bawah.

 

 

 

Wajib tonton Gemini Man ini.

Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.