Wanita Miliki 31 Jari Digelar Ahli Sihir 1

Digelar Ahli Sihir, Wanita Miliki 31 Jari Terpaksa Berkurung Dalam Rumah Selama 63 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Grab melakukan anjakan paradigma sebagai sebuah aplikasi super-app yang mana pengguna boleh melakukan banyak perkara di dalam satu aplikasi. Aplikasi popular ini telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu Trip Planner, Hotel dan Ticket.

Trip Planner

Grab Malaysia

Merupakan perkhidmatan perancang perjalanan yang membantu pengguna merancang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna boleh melihat maklumat pengangkutan awam masa nyata terus di dalam aplikasi Grab.

Selepas memasukkan maklumat lokasi dan destinasi, pengguna akan diberikan dengan pilihan pengangkutan awam yang ada, bersama masa nyata ketibaan dan waktu perlepasan. Pengguna juga akan diberi cadangan di luar pengangkutan awam seperti GrabCar yang menghubungkan destinasi pengguna dengan pengangkutan awam yang berdekatan.

Dengan Trip Planner ini, pengguna boleh merancang masa perjalanan dengan lebih efektif untuk menjimatkan masa dan wang.

Hotel

Grab Malaysia

Anda tidak perlu menggunakan aplikasi lain untuk menempah hotel apabila anda sendiri boleh menempah hotel melalui aplikasi Grab. Untuk ini, Grab bekerjasama dengan Agoda dan Booking.com untuk membuat tempahan hotel. Pengguna akan diberi akses kepada lebih 28 juta tempat tinggal dari hotel mewah ke hotel bajet, apartmen, rumah percutian serta hostel.

Peringkat awal ini, pengguna boleh membuat tempahan untuk lokasi di Asia Tenggara dahulu. Pengguna boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, dan pembayaran menggunakan Grabpay akan diterapkan tidak lama lagi. Pekhidmatan ini akan tersedia kepada semua pengguna pada bulan Mei.

Bagi pengguna Grab di tahap Platinum, Gold dan Silver, boleh menebus baucer untuk mendapatkan diskaun sehingga RM30 menerusi Agoda, dengan tempahan minima RM300. Pengguna Platinum juga diberi akses ke program Genius Booking.com yang menyediakan diskaun 10% dan beberapa ganjaran lain.

Ticket

Grab Malaysia

Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh menempah tiket wayang. Grab bekerjasama dengan platform BookMyShow bagi menyediakan cara menempah tiket wayang dengan mudah. Buat masa ini, hanya pembelian tiket wayang dahulu dibuka dan akan menjadi platform untuk membeli tiket ke acara lain.

Pengguna aplikasi Grab akan boleh membuat carian, membandingkan dan menempah tiket wayang di Malaysia, terus dari aplikasi Grab. Peringkat awal ini, pengguna diberi pilihan untuk menempah tiket di MBO dan TGV. Lebih banyak pawagam akan ditambah pada masa akan datang.

Pengguna boleh menggunakan sistem pembayaran GrabPay dan menerima mata ganjaran GrabRewards untuk menempah tiket.

Tiga perkhidmatan baharu ini menambah kepada perkhidmatan sedia ada di dalam Grab seperti e-panggilan, penghantaran makanan, penghantaran barangan dan membeli tambah nilai prabayar.