‘Didi & Friends’ Terima Anugerah Di Asian Television Awards

Didi & Friends Terima Anugerah Asian Television Awards
Sumber: Daily Motion

Menjadi kebanggaan, siri lagu kanak-kanak popular Didi & Friends berjaya memenangi kategori Program Prasekolah Terbaik di Asian Television Awards (ATA) ke-24 yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini.

Kemenangan itu menewaskan pencalonan lain dari negara China iaitu Fashion Kids dan Flying Fairground, dan Shimajiro no Wow! dari Jepun serta sebuah lagi program terbitan produksi yang sama (Digital Durian), Omar & Hana sebagai program muzikal berbentuk ‘edutainment’.

“Menerusi kemenangan Didi & Friends, sebuah siri terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini, ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penerbit kandungan utama di Asia,” kata Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

Didi & Friends Terima Anugerah Asian Television Awards

Ia membukitkan hiburan seumpama ini seimbang daripada aspek pembelajaran dan keseronokan dan kemenangan itu dapat memberi insipirasi kepada pemain industri untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik bagi membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak.

Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen.

Sumber: Gempak