
Didakwa Mirip Alat Sulit, Tugu Ikan Ini Terpaksa Diroboh Selepas Terima Kecaman
Didakwa Mirip Alat Sulit, Tugu Ikan Ini Terpaksa Diroboh Selepas Terima Kecaman.
Pembinaan tugu adalah sebagai lambang kepada sesuatu kawasan yang mempunyai sejarah disebalik pembangunan di situ.
Tetapi berlainan pula yang berlaku di sebuah bandar di Maghribi apabila sebuah tugu terpaksa dirobohkan selepas netizen mengadu dan mendesak agar tugu tersebut dimusnahkan.
Menurut laporan tempatan, tugu yang merupakan dua ekor ikan, di sebuah bulatan jalan raya berdekatan bandar Mehdia, telah menjadi bualan hangat netizen selepas gambar tugu ditularkan.
Ia disebabkan dua tugu ikan itu dikatakan mirip alat sulit lelaki sehingga mengundang pelbagai komen jelik, malu, geli, bingung dan kecewa.
Netizen Maghribi menyuarakan kemarahan kerana kesal dengan kerajaan yang didakwa memperuntukkan wang terhadap sesuatu perkara yang tidak berfaedah.
Desakan netizen menyebabkan pihak berkuasa tempatan merobohkan tugu kontroversi tersebut pada Khamis minggu lalu.

“Penduduk menyuarakan kepada pihak berkuasa bahawa mereka mahukan pembaharuan di bandar. Namun pihak berkuasa membina pula tugu ini,” luah seorang netizen.
“Ikan pornografi. Orang di Kenitra meminta pembaharuan, pihak berkuasa (membawanya), ” kata seorang lagi pengguna media sosial.
Penduduk berpendapat, pantai di Mehdia dan Kenitra menjadi lokasi tumpuan pelancong dan sepatutnya arca ikan itu tidak dibina dalam keadaan mengaibkan.
Pihak berkuasa bandar Kenitra dalam satu kenyataan di Facebook menafikan mempunyai kaitan dengan pembinaan patung dianggap tidak bermoral itu.
Mereka mengakui kemarahan penduduk namun menafikan reka bentuk tugu itu ada kaitan dengan perkara mengaibkan.
Segelintir penduduk di situ berpendapat patung kontorversi itu berkemungkinan merupakan idea daripada Presiden Majlis Perbandaran yang baharu dipilih, Abderrahim Bouras pada bulan Ogos 2019.
Sumber: Daily Mail
Trending now



