Bomba Dipukul

Didakwa Lambat Sampai Ke Lokasi Kebakaran, Anggota Bomba Cedera Diserang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam satu kejadian di Lawas, Sarawak.

Dalam video tular tersebut, anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di sebuah rumah setingkat di Kampung Belipat, Jalan Punang ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

Malah pasukan bomba itu juga dimarahi atas dakwaan lewat tiba di lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Untuk pengetahuan anda, anggota bomba yang diganggu semasa menjalankan tugas; dalam erti kata lain dicaci, diserang, dikacau, dihalang secara sengaja oleh mana-mana orang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan sselama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Didakwa Lambat Sampai Ke Lokasi Kebakaran, Anggota Bomba Cedera Diserang 1
Sumber: Jimmy Las

Dan akta ini juga terpakai kepada anggota bomba bantuan atau anggota bomba sukarela yang diserang.

Salah seorang anggota yang bertugas dalam kejadian itu, Jackson Eyen George menerangkan mereka (anggota yang bertugas) bertungkus lumus dan berusaha sebaik mungkin untuk memadamkan kebakaran yang melanda.

BACA: Tampar ‘Rider’ foodpanda, FB Page Kedai Makan Ini Teruk Diserang Netizen

Biarpun ramai pihak yang marah dan menyuruh mereka mengambil tindakan kepada si pelaku, beliau menyerahkan tindakan yang akan dikenakan kepada pihak tersebut kepada pihak yang berkenaan.

Kerana menurut beliau, apa yang penting semuanya selamat.

Sebelum ini, seorang pemandu foodpanda diserang secara fizikal oleh seorang pemilik kedai kerana menegur tindakan pemilik kedai yang tidak mengikut polisi yang ditetapkan.

Dalam video yang tular itu, pemilik kedai dilihat menampar seorang pemandu foodpanda dan mencetuskan ketegangan di sana sebelum dileraikan orang awam berdekatan.

Video yang mula disebarkan menerusi Facebook Group Warga Kota Damansara sudah tersebar sehingga empunya kedai teruk dikritik netizen yang berang dengan tindakan tuan kedai.