Vivy Yusof Plagiat Konsep

Didakwa Ciplak Konsep Tudung Pereka Tempatan, Ini Jawapan Balas Vivy Yusof

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nama Vivy Yusof tidak lagi asing dalam dunia perniagaan di Malaysia. Semakin melonjak naik dengan produk tudung dan kosmetiknya, pengasas FashionValet didakwa ciplak konsep tudung pereka tempatan yang dikenali sebagai Sleepylllama.

Nia, pemilik Sleepylllama memberitahu rekaan di bawah koleksi terbaharu Vivy iaitu The Artsy Duck yang dilancarkan minggu ini telah memplagiat rekaan serta konsep penggambaran koleksi Soonaru X Sleepy Studio yang dilancarkan sejak dua tahun lalu, iaitu pada Disember 2018.

Didakwa Ciplak Konsep Tudung Pereka Tempatan, Ini Jawapan Vivy Yusof 4

Didakwa Ciplak Konsep Tudung Pereka Tempatan, Ini Jawapan Vivy Yusof 3

Menafikan tuduhan berkenaan, Vivy telah memuat naik bukti bahawa perbincangan konsep itu sebenarnya telah dibincangkan sejak Jun 2018, tahun yang sama koleksi tudung Sleepylllama dilancarkan.

Didakwa Ciplak Konsep Tudung Pereka Tempatan, Ini Jawapan Vivy Yusof

Malah dalam hantaran di story Instagramnya, Vivy telah memuat naik tangkap layar bukti yang menunjukkan perbinangan berlaku antara beliau dan perekanya.

Vivy Plagiat Konsep

Namun sekali lagi Nia membalas kembali bahawa koleksi daripada studionya sudah dibincangkan sejak Mei 2018, iaitu awal sebulan daripada tarikh yang dinyatakan Vivy.

Didakwa Ciplak Konsep Tudung Pereka Tempatan, Ini Jawapan Vivy Yusof 2

Didakwa ciplak beberapa rekaan pereka lain

Vivy sebelum ini beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang sama, antaranya pada April 2019 beliau didakwa telah menciplak rekaan turban koleksi Ilham Echenta yang sudah dilancarkan sejak 2015 lagi.

https://www.instagram.com/p/BwUlcrDlmaU/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/BwTdBasHJGb/?utm_source=ig_embed

Terdahulu, Vivy dikecam teruk selepas terpalit dengan kontroversi mempertikai bantuan Pakej PRIHATIN yang diterima oleh golongan B40 dan M40 sehingga satu petisyen dinaikkan bagi mengeluarkan beliau daripada barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

BACA: Vivy Yusof Dan Aleeya Zailan Pertikai Bantuan Pakej PRIHATIN?

Mencatatkan jumlah tanda tangan sebanyak 230,000 dalam tempoh masa tiga hari, petisyen yang dimulakan oleh Mazril Mazlan telah diturunkan kerana telah mencapai objektif ianya dihasilkan.