
Didakwa Atas 2 Kesalahan, ‘Karen’ KLCC Akhirnya Dikompaun RM3,000
Selepas ‘diburu’ pihak berkuasa susulan tular video beliau mengamuk gara-gara tidak dibenarkan memasuki sebuah butik mewah di KLCC kerana tidak memakai pelitup muka, seorang wanita Inggeris yang digelar ‘Karen’ akhirnya dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan yang dilakukan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan menjelaskan siastan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 di Butik Dior KLCC selesai dijalankan dan kertas siasatan juga telah dilengkapkan.

Di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), ‘Karen’ telah melakukan dua kesalahan, yang mana setiap satunya berjumlah RM1,500.
1. Tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.
2. Tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan kerana gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.
BACA: Tular Video ‘Karen’ Eggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, Ini Respon KJ
Terkini, menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter @117WeThePeople, wanita terbabit berpendapat tindakannya yang mengundang kemarahan netizen Malaysia itu merupakan pilihannya sendiri.
Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Kerry menyuarakan pandangan agar orang ramai di negara ini sedar akan hak mereka untuk bebas dan membuat pilihan sendiri. Wanita itu juga mendakwa telah datang ke Malaysia sejak 20 tahun lepas.
Dalam pada itu, dia juga berkata banyak negara telah menarik semula peraturan berkaitan pandemik COVID-19 seperti tiada lagi sekatan jalan, tidak perlu memakai pelitup muka dan tidak mewajibkan vaksin.
Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendiriannya.
“Anda boleh pergi ke negara di mana mereka tidak menggunakan undang-undang ini, tetapi di negara ini menjaga kesihatan satu sama lain adalah lebih penting daripada ‘keperluan’ individu.
Trending now



