Diculik Dan Dijual Ke Rumah Pelacuran, Wanita Ini Dedah Derita Larikan Diri Dari Korea Utara

Diculik dan dijual ke rumah pelacuran, wanita ini dedah risiko jika rakyat Korea utara melarikan diri dari negara mereka.

Biarpun negara lain sudah mengalami evolusi teknologi, Korea Utara seakan masih di takuk lama apabila penduduknya masih dikongkong pemimpin bersifat diktaktor.

BACA: Penduduk Korea Utara Berdepan Hukuman Mati Jika Kantoi Tonton Drama Korea Selatan

Dalam satu pendedahan yang dibuat seorang pembelot Korea Utara oleh media Daily Mail, Park Yeon-mi, 27 tahun mendedahkan akibat tidak tahan menanggung kelaparan beliau dan ibunya terpaksa melarikan diri dari Korea Utara dengan melalui Sungai Yalu yang membeku ketika berusia 13 tahun (2007).

Diculik Dan Dijual Ke Rumah Pelacuran, Ini Penderitaan Yang Dilalui Pembelot Korea Utara Yang Melarikan Diri

Namun nasib Yeon-mi seakan ‘terlepas daripada mulut buaya, masuk ke mulut harimau’ apabila beliau dan ibunya diculik dan dijual kepada pihak yang mengusahakan rumah pelacuran dengan harga sekitar RM1,068.

Hampir dua tahun terpaksa hidup sebagai pelacur, Yeon-mi dan ibunya kemudian mempertaruhkan nyawa mereka ke Mongolia dengan melalui jalan Gurun Gobi yang bersuhu rendah dan berjaya.

Selepas daripada itu, mereka kemudiannya pindah ke Seoul, Korea Selatan, New York dan kini menetap di Chicago, Amerika Syarikat.

Diculik Dan Dijual Ke Rumah Pelacuran, Ini Penderitaan Yang Dilalui Pembelot Korea Utara Yang Melarikan Diri 1
Mendiang Kim Jong-il bersama anaknya, Kim Jong-un. Kredit: ABC News

Untuk pengetahuan anda, para pembelot yang disifatkan media Korea Utara sebagai sampah masyarakat ini jika ditangkap cuba membelot negara (melarikan diri dari Korea Utara) akan dihantar ke penjara dan menjalani hukuman penjara tanpa belas kasihan.

Bukan setakat itu, kaum keluarga mereka juga akan menerima nasib yang sama.

BACA: Kim Jong-un Paksa Rakyat Korea Utara Serah Anjing Peliharaan Bagi Atasi Masalah Kekurangan Makanan

Disebabkan itu juga, Yeon-mi meluahkan rasa risau kerana selepas melarikan diri dari Korea Utara, mereka tidak dapat berhubung dengan kaum keluarga yang masih berada di sana.

Tidak ramai pembelot yang berani melarikan diri melalui Zon Bebas Tentera atau demilitarized zone (DMZ) memilih untuk melarikan diri melalui China, biarpun berdepan dengan risiko diculik.

Pendedahan pertama yang dibuat pada 2014 itu nyata mengejutkan ramai kerana ianya memberikan gambaran betapa terseksanya penduduk Korea Utara di bawah sistem pemerintahan diktaktor.

Tonton klip pendedahan Yeon-mi yang kini aktif sebagai aktivis hak asasi manusia Korea Utara di pautan bawah:

Masalah kekurangan bekalan makanan bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan penduduk Korea Utara.

BACA: Sisi Gelap Yang Perlu Ri Sol-ju Lalui Sebagai Isteri Kim Jong-un

Di Korea Utara, rakyat marhaen kekal hidup dalam kemiskinan dengan bekalan makanan yang terbatas namun tetap terpaksa mengorbankan ‘diri’ mereka untuk kesenangan hidup golongan elit.