Font Comic Sans Dibenci Ramai

Dicipta Untuk Tidak Terlalu Formal, ‘Font’ Comic Sans Pernah Dibenci Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak kecil, kita sudah biasa dengan pelbagai jenis font bermula dari Times New Roman, Arial, Helvetica, Calibri hinggalah Comic Sans.

Walau bagaimanapun, antara semua font di atas, hanya Comic Sans yang paling dibenci sehingga wujudnya kempen yang dipanggil ‘Ban Comic Sans’.

Dipanggil font paling menjengkelkan terutama mereka yang terlibat dalam bidang grafik, ini adalah kisah bagaimana font Comic Sans dicipta dan kemudian dibenci ramai.

Diinspirasi daripada tulisan komik

Comic Sans telah dicipta oleh Vincet Connare, seorang pereka Microsoft untuk ‘counter’ semula font Times New Roman yang dianggap terlalu formal.

Comic Sans diinspirasi daripada tulisan komik seperti Batman: The Dark Night Returns.

Font jenis itu menitikanberatkan pada gaya tulisan, kelihatan playful dan santai untuk sebuah permainan video kanak-kanak Microsoft, Bob.

Font Comic Sans Dibenci Ramai

Pada awalnya, Comic Sans hanya digunakan untuk aplikasi dan program pembelajaran kanak-kanak.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana, Comic Sans kemudian muncul sebagai salah satu font default pada Windows 95 – operating system dengan pengguna terbanyak pada masa itu.

Windows 95 merupakan windows pertama yang menggunakan font Comic Sans sebagai font rasmi Microsoft.

Ia menjadi trending apabila semua perkara mesti mahu menggunakan Comic Sans sama ada hal rasmi, papan tanda tepi jalan, brosur dan sebagainyan kerana terlalu baharu, lain daripada lain dan dianggap ‘fresh’ pada waktu itu.

Namun kenapa tiba-tiba dibenci?

Sejak kewujudannya pada tahun 1994, font itu mengumpul ramai pembenci, malah mempunyai kelab anti-peminatnya sendiri.

Malah Vincent Connare juga hanya menggunakan font tersebut sekali sahaja ketika menulis surat rungutan berkaitan sambungan internet.

Pasangan pereka grafik, Dave dah Holly Combs merasakan Comic Sans adalah font yang ‘menggelikan’ dan mula membencinya sejak font itu menjadi popular.

Font Comic Sans Dibenci Ramai

Tidak cukup dengan membenci, mereka membawa orang lain untuk turut sama membenci font itu dan mulakan mengadakan kempen ‘Ban Comic Sans’.

Mereka menyifatkan font tersebut sebagai gangguang terhadap tipografi.

Salah satu sebab mengapa Comic Sans dianggap menjengkelkan dan tidak sesuai digunakan dalam dokumen rasmi ialah kerana bentuknya yang tidak seimbang sekali gus memberi rasa tidak selesa kepada mereka yang membacanya.

Font Comic Sans Dibenci Ramai

Mana tidaknya, ketika font itu terlalu popular, ramai menggunakannya untuk emel dan laporan pekerjaan kerana sudah bosan dengan font yang terlalu serius.

Walaupun ramai membenci font Comic Sans, ia tetap menjadi salah satu font terbaik untuk penghidap disleksia.

Huruf yang tidak teratur dan tidak seimbang sebenarnya memudahkan pembacaan, kerana karakternya lebih mudah dibezakan.

Hari ini, dapat dilihat banyak pertubuhan disleksia menyenaraikan Comic Sans sebagai font yang disyorkan.

Vincent Connare memberi respon atas anggapan umum terhadap Comic Sans. Katanya kepada The Wall Street Journal, “Jika anda menyukainya, anda tidak tahu banyak mengenai tipografi. Jika anda membencinya, anda tidak tahu banyak tentang tipografi dan perlu cari hobi lain.”

BACA: Pencipta Pemacu USB Pertama Di Dunia Adalah Rakyat Malaysia

Sumber: IDN, Twt_grafik