
Dicalon Sebagai PM Ke-9, Shafie Apdal Hanya Boneka Permainan Politik Tun M?
Dicalon sebagai Perdana Menteri ke-9 mencetuskan kontroversi. Pemilihan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Shafie Apdal yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri ke-7 ini telah dipersoal beberapa pihak.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berpendapat pencalonan Shafie Apdal bukan sekadar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi juga menyekat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menakluk semula kerajaan.
Beranggapan Tun M sedang dalam posisi terdesak, keputusan mengejut yang diumumkan Tun M turut tidak diketahui oleh kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH).
BACA: Sifatkan Bidang Geografi Dan Sejarah Tidak Dinamik, Pendapat Tun M Dibidas Netizen Sebagai Dangkal
Setiiausaha organisasi, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memberitahu kepimpinan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai sebarang keputusan AMANAH terhadap cadangan memilih Shafie sebagai calon Perdana Menteri bagi blok pembangkang dan hanya mengetahuinya sejurus selepas pengumuman dilakukan.

Menurut portal UMNO Online, Shafie Apdal dicalon sebagai Perdana Menteri ke-9 biarpun kedudukannya semakin goyah dan lemah di Sabah selepas ahli hilang keyakinan dengan kepimpinannya adalah kerana dua sebab:
- Tun M tidak yakin bahawa dia dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh mengambil alih semula kerajaan (menang PRU ke-15) dengan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
- Tun M tetap mahu anaknya, Dato’ Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan ‘mengangkat’ seseorang yang akan memberi laluan kepada anaknya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu.
27 Jun lalu, Tun M menamakan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke-9 dengan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Menurut portal media Malaysia Insight, Tun M mendedahkan menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri ke-9 adalah sama seperti menyokong beliau.
23 Jun lalu, Tun M menyuarakan kesediaan keluar daripada fraksi Bersatu dan Warisan (PH Plus) selepas PKR menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Tun M menerusi akaun Twitternya @chedetofficial menjelaskan mengenai tindakan menamakan anaknya sebagai Timbalan Menteri II bukan datang daripadanya sebaliknya daripada Mohamad bin Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Ju lalu.
MUKHRIZ SEBAGAI DPM
1. Saya sedar saya akan dikritik apabila menama anak saya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 29, 2020
Dalam perkembangan terbaharu, Shafie meminta sedikit masa untuk meneliti secara mendalam cadangan menjadikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 dengan melakukan perbincangan bersama barisan pemimpin partinya.
Sumber: Bernama, Sinar Harian, Malaysia Insight