Apa Yang Perlu Dibuat Jika Dibuang Kerja Tanpa Alasan

Dibuang Kerja Tanpa Alasan Munasabah, Peguam Kongsi Apa Yang Perlu Buat Mengikut Undang-Undang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedia maklum, majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja secara serta merta jika syarikat menghadapi masalah.

Namun, jika anda berdepan situasi berikut misalnya majikan memberhentikan pekerja kerana tidak mampu membayar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan, anda boleh mengemukakan kes mengikut undang-undang.

Seorang peguam membuat perkongsian di Twitter, @nas_rahman tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi dibuang kerja tanpa alasan munasabah.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat sebagai hak seorang pekerja.

Kenal pasti sebab dibuang kerja

Menurut peguam, jika alasan yang diberikan majikan bertentangan dengan situasi sebenar, perlu bertindak segera membuat aduan.

4A10FB70-EAAF-4D52-A3FA-8F227E8D646F

Anda sebenarnya boleh menyaman majikan sekiranya mereka bertindak membuang pekerja mereka tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.

44E79379-251C-418F-84D6-075E1CAE3532

Apa langkah yang perlu dibuat?

1. Buat aduan segera ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)

Aduan ke JPP perlulah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh dibuang kerja. Jika melebihi daripada tempoh itu, berkemungkinan besar JPP tidak akan layan permintaan anda.

Sama ada kes anda kukuh atau tidak, yang penting anda perlu buat aduan terlebih dahulu.

48622727-E316-43EC-8E8C-B09246366CC4

2. Proses Runding Damai

Selepas aduan dibuat ke JPP, pegawai mereka akan menetapkan tarikh bagi meneruskan proses Runding Damai.

Dalam proses ini, ada lima jenis senario yang boleh berlaku. Antaranya:

F0EA47B1-EDED-450E-A353-748C84BB859B

Kebiasaannya, majikan tidak akan setuju mengambil pekerja semula terutama bagi kes hubungan antara majikan dan pekerja tidak harmoni atau dalam kes retrenchment.

Namun, ada juga kes yang mana majikan setuju mengambil semula pekerja. Kes dianggap selesai apabila ada persetujuan antara kedua-dua pihak.

3. Kes dirujuk ke mahkamah perusahaan oleh JPP

Sekiranya majikan tidak bersetuju untuk mengambil pekerjanya berkhidmat semula, kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan pekerja akan dimaklumkan sebanyak dua kali melalui e-mel.

4C0CCB59-4C64-48D5-9458-F54E1BA95842

4. Prosiding di mahkamah

Buat masa ini, sebutan kes pertama akan dibuat secara atas talian sahaja. Link akan diberikan melalui e-mel yang diterima sebelum ini.

Jika pekerja ada melantik peguam, Ini adalah beberapa dokumen yang perlu disediakan:

B60C100A-0D78-4591-AFFE-FAF3BCD2E913

5. Perbicaraan kes

Sebelum tarikh perbicaraan penuh, pihak yang terlibat perlu memfailkan dokumen-dokumen seperti Ikatan Dokumen dan Pernyataan Saksi.

9AA7CA6D-962A-46F4-87F0-31FB77C4F344

6. Hujahan bertulis dan award

Selepas biacara penuh selesai, Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak-pihak failkan:

3F3239E1-195C-4F0D-951C-38C2D390068B

7. Rayuan ke Mahkamah Tinggi

Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamad Perusahaan, rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari.

F2B7BFFE-74EC-4758-A03D-BE14FC96A746

Sumber: Twitter Nas Rahman