Dibina Untuk Bersembunyi, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Yang Tenggelam 4

Struktur Boleh Berubah Kerana Tekanan Air, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Semasa Tenggelam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apa yang akan berlaku sekiranya kapal selam tenggelam?

Kapal selam dibina untuk bersembunyi dan sukar ditemui dalam operasi pengawasan rahsia.

Seorang pensyarah University of Kentucky, Dr Robert Farley mendedahkan kapal selam sangat sukar untuk dikesan jika berada dalam berehat di dasar laut.

BACA: Tahukah Anda, Pam Tandas Boleh Jadi Punca Kapal Selam Karam?

Ini adalah kerana dalam keadaan tersebut, kapal selam tidak akan membuat sebarang bunyi bising yang boleh menyebabkan mereka dikesan.

Cara hantar isyarat lokasi

Sekiranya kru kapal menyedari mereka berada dalam keadaan yang ‘sukar’, ada beberapa cara untuk mereka mendedahkan lokasi dan situasi mereka, antaranya:

1. Menghantar panggilan isyarat ke bahagian hubungan di pangkalan tentera laut atau pun kepada kapal-kapal bersekutu.

Dibina Untuk Bersembunyi, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Yang Tenggelam 1
Kredit: BBC

2. Melepaskan peranti yang terapung di permukaan laut, tetapi ianya masih terikat pada badan kapal selam.

Dibina Untuk Bersembunyi, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Yang Tenggelam 2
Kredit: BBC

Stewart Little, salah sorang yang terlibat dalam Perundingan Penyelamat Kapal Selam turut menjelaskan bahawa protokol pencarian standard menyediakan dua fasa dalam setiap jam iaitu pasukan ‘diam’ dan mendengar isyarat.

Seperti yang berlaku pada kapal selam KRI Nanggala 402, pada Rabu lalu, tentera laut melaporkan terdengar bunyi kuat dari kawasan kira-kira 60km di utara lokasi kapal selam tersebut diketahui.

Dibina Untuk Bersembunyi, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Yang Tenggelam 6
Kredit: Insider

Stewart juga memberitahu sekiranya ia tenggelam di perairan kurang dari 600 meter, ada kemungkinan operasi pencarian kapal selam berkenaan menjadi lebih mudah.

Namun kapal selam berkenaan dilaporkan berada kira-kira dalam kedalaman 850 meter dengan risiko untuk proses mengeluarkannya.

Malah untuk kedalaman di bawah 600 meter, struktur kapal selam masih lagi boleh bertahan dengan tekanan air. Jika lebih, risiko untuk kapal selam ‘kemek’ adalah semakin tinggi.

Tempoh anak kapal boleh hidup dalam kapal selam tenggelam

Jumlah hari bagi kru mampu bertahan adalah bergantung kepada berapa lama tempoh mereka sudah menjalankan tugas di bawah permukaan air selain daripada bagaimana bersedianya mereka dalam keadaan kapal selam kehilangan kuasa.

Setiap kru kapal selam akan menjalani latihan displin untuk memperlahankan kadar pernafasan dalam usaha untuk menjimatkan oksigen – kurangkan aktiviti dan bercakap.

Namun dalam situasi sebenar, ianya adalah sukar dilaksanakan kerana dalam keadaan kapal selam yang dingin dan lembap, motivasi diri menjadi rendah.

Risiko utama

Risiko utama kekurangan oksigen adalah bertambahnya gas karbon monoksida yang boleh membawa kepada mati lemas.

Namun jika ada bahagian kapal yang banjir, ini boleh membawa kepada kebakran kilat dan lain-lain masalah disebabkan udara yang semakin mampat.

Submiss kepada subsunk

Ketua ANgkatan Laut (KSAL) memberitahu status KRI Nanggala 402 sudah pun ditukara daripada submiss (kapal selam hilang) kepada subsunk (kapal selam tenggelam) dan bersiap sedia dalam usaha mengeluarkan kru yang berkemungkinan selamat.

BACA: Bekalan Oksigen Hanya Bertahan Hingga Sabtu, Ini Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala

Kisah kehilangan yang hampir sama dengan kapal selam Argentina San Juan (2017)

Pada tahun 2017, sebuah kapal selam Argentina, San Juan dilaporkan tenggelam dalam kedalaman 800 meter. Mengambil masa selama satu tahun untuk ditemui di kawasan Laut Antartika.

Untuk mudah faham, anda boleh tonton video di bawah:

Sumber:

  1. BBC
  2. The Conversion