Dibina Tanpa Jiran Tetangga, Rumah Dikelilingi Laut Ini Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia 3

Dibina Tanpa Jiran, Rumah Dikelilingi Lautan Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda membayangkan anda tinggal di rumah yang hanya anda sahaja tanpa jiran tetangga yang lain? Ditambah pula lokasinya terletak jauh dari daratan?

BACA: Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang

Tahukah anda, di Kepulauan Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland terletaknya sebuah rumah putih yang dinobat sebagai rumah paling sunyi di dunia hanya kerana ia merupakan satu-satunya rumah yang dibina di situ?

Dibina Tanpa Jiran Tetangga, Rumah Dikelilingi Laut Ini Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia 1
Sumber: Earth Porm

Dibina di kawasan tengah bukit pulau kecil tersebut, rumah tersebut sebenarnya merupakan pondok berburu yang dibina pada tahun 1950-an oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey yang menjadi tempat persinggahan ahli persatuan ketika musim memburu burung laut puffin.

Dibina Tanpa Jiran Tetangga, Rumah Dikelilingi Laut Ini Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia 2
Sumber: Bored Panda

Ini menyangkal beberapa versi cerita yang direka mengenai rumah yang sudah tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an itu, antaranya:

  1. ia dibina oleh seorang peniaga sebagai tempat perlindungan daripada serangan zombie,
  2. milik seorang fanatik agama
  3. dan pernah menjadi milik penyanyi Iceland, Bjork selepas berunding dengan pihak berkuasa bagi membeli pulau berkenaan.

Selain daripada rumah berkenaan, ada lagi beberapa rumah yang dibina di kawasan yang jauh daripada penempatan manusia di dunia ini.

Sebagai contoh sebuah rumah di Central Georgia iaitu Katskhi Pillar yang dibina di atas batu setinggi 40 meter yang kini menjadi tempat seorang sami Georgian. Namun yang menariknya di sini, sehingga ke hari ini kaum wanita tidak dibenarkan untuk memanjat Katskhi Pillar.

Dibina Tanpa Jiran Tetangga, Rumah Dikelilingi Laut Ini Dikenali Sebagai Paling Sunyi Di Dunia
Sumber: Times of India