
Diberitahu Boleh Dipenjara 3 Tahun, Ebit Lew Mohon Maaf Tak Dapat Teruskan Misi Bantuan
Sepanjang musim pandemik COVID-19, nama Ebit Lew sentiasa menjadi sebutan rakyat Malaysia.
Banyak membantu rakyat Malaysia yang sedang dalam kesusahan, baru sahaja tadi Ebit Lew memaklumkan misi bantuan di pulau-pulau di Semporna terpaksa ditangguhkan.
Ini kerana beliau diberitahu sekiranya misi diteruskan kemungkinan besar boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.
Niat untuk membina sekolah untuk penduduk pulau terpaksa ditangguhkan biarpun sudah mengumpulkan guru untuk mengajar serta kayu untuk membina sekolah sudah dibeli.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3943532955676920
157 Orang Bajau Laut Masuk Islam
Dalam perjalanan beliau dan pasukannya untuk misi bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, dan Semporna di Sabah, mereka berpeluang untuk bertemu dengan suku Bajau Laut.
Niat asal ustaz dan pasukannya adalah memberi bantuan kepada mereka. Tiba-tiba, ramai yang bertanya tentang ketuhanan.
Akhirnya seramai 157 orang Bajau Laut telah memeluk agama Islam.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/photos/a.679992665364315/3938468972849985/