Pekerja Media Diberhentikan

Diberhentikan Kerja, Ini 2 Pilihan Yang Ada Untuk Kakitangan Media Prima

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kumpulan Media Prima Berhad mengumumkan pada 1 November lalu bahawa pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang merupakan sebahagian daripada fasa transformasi perniagaan akan menyebabkan pemberhentian sekumpulan pekerja mereka.

BACA: 600 Lagi Pekerja Syarikat Media Bakal Hilang Kerja Jumaat Ini

Struktur operasi baharu serta senarai nama kakitangan yang terbabit juga sudah ditentukan selepas beberapa sesi rundingan bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Cawangan NSTP dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (NUNW) Cawangan NSTP.

Syed Mokhtar beli saham Media Prima

Notis rasmi sudah diberikan kepada kakitangan terlibat semalam selain daripada pembayaran pampasan yang akan dibuat secara penuh selepas proses dalaman dan kawal selia selesai.

BACA: 2,500 Pekerja Syarikat Media Dijangka Akan Diberhentikan

Menurut Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, kakitangan yang terlibat boleh bangkit mempertahankan hak mereka dengan adanya dua pilihan, iaitu:

  1. Mendapatkan pampasan daripada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) – jika disingkirkan kerja
  2. Merujuk kes kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) – jika dibuang kerja tanpa mengikut undang-undang

Di SIP, Kementerian Sumber Manusia akan mencari jalan supaya mereka mendapat pekerjaan lain dan akan menghantar yang terlibat untuk mendapatkan latihan atau sebagainya.

Sumber: Berita Harian