lesen kenderaan tamat tempoh sepanjang PKP

Dibenarkan Guna Lesen Memandu Tamat Tempoh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menyedari kesukaran orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau dikenali sebagai ‘road tax’ bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong mengumumkan pengecualian memperbaharui lesen memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 25 Mac 2020.

Jika sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan MyEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini telah dikecualikan bagi tempoh PKP.

Walau bagaimanapun, pemandu dinasihatkan membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP. Dibenarkan untuk menggunakan lesen memandu yang tamah tempoh dengan syarat kenderaan itu wajib memiliki perlindungan insurans yang sah.

Pengurangan Kadar Tol
Sumber: The News Strait Times

Mengenai LKM kenderaan perdagangan dan GDL pula, menurut Kementerian Pengangkutan, isu keperluan mendapatkan kelulusan Puspakom dan pemandu kenderaan perdagangan untuk memperbaharui GDL, termasuk laporan kesihatan sah seperti diperlukan syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial adalah tidak lagi berbangkit kerana keperluan memperbaharui lesen sudah dikecualikan sepanjang tempoh PKP.

Namun, pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan yang berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

Berdasarkan rekod, jumlah pemegang lesen GDL yang akan tamat tempoh sah adalah sebanyak 328 pada 24 Mac; 385 (25 Mac); 356 (26 Mac); 357 (27 Mac); 348 (28 Mac); 315 (29 Mac); 369 (30 Mac); dan 295 (31 Mac).

Sumber: BH