Mamat Exists Ditahan Dadah

Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Mamat Tetap Akan Bersama Exist Dalam Konsert Reunion

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bersama seorang rakan pada Ahad lalu, Mamat Exist ditahan pihak polis di Taman Perling, Johor.

Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.

Dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis jam 4.30 petang semalam, Mamat memberitahu bahawa beliau tetap akan bersama ahli kumpulan Exists yang lain untuk konsert reunion mereka yang dijangka akan berlangsung pada 28 September ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Mamat Exists Ditahan Dadah 2

Pihak penganjur, Shiraz Projects memberitahu penyanyi yang berada dalam keadaan baik dan tenang ketika dibebaskan itu tetap akan turut serta dalam konsert tersebut bagi menghiburkan peminat setia mereka.

Pihak penganjur juga akan melakukan sidang media khas bersama dengan mengundang wartawan bagi menjelaskan situasi sebenar.

Pada 5 Oktober hadapan pula, Exists dijangka akan melakukan persembahan di Singapura.

Sumber: MStar

Antara filem terbaik arahan Quentin Tarantino, yang paling tak boleh lupa Kill Bill lah.

Quentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.