FAM Indonesia Lawan malaysia Syed Saddiq

Dibaling Dengan Objek Besi Dan Air Kencing, Syed Saddiq Buat Laporan Kepada Kerajaan Indonesia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malam tadi riuh di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta menyaksikan Harimau Malaya bertempur dengan Garuda Indonesia untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang turut sama memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang mereka terima sepanjang berada di sana.

Antaranya, penyokong Harimau Malaya beberapa kali dicampak dengan objek besi, botol dan suar selain daripada beberapa penyokong Indonesia cuba untuk merempuh kawasan penyokong Malaysia sehingga perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Sehubungan itu, FAM atau Persatuan Bola Sepak Malaysia selaku badan yang mentadbir kegiatan bola sepak Malaysia memberitahu dengan layanan kasar sebegitu, mereka akan melakukan aduan rasmi kepada FIFA.

Syed Saddiq juga memberitahu beliau turut akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan beliau di sana kerana nilai gangsterism tidak akan diterima atau boleh ditolak ansur dalam apa jua acara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia merupakan keutamaan beliau.

Kenaikan Elaun Pelajar Latihan

Beliau turut meluahkan rasa sedih kerana sukan bola sepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan telah bertukar menjadi medium menaikkan perbalahan dan keganasan.

Bukan itu sahaja, penyokong Malaysia juga tidak lepas untuk keluar selepas perlawanan tamat kerana kekecohan yang berlaku di luar stadium.

Belum lagi bab dibaling dengan air kencing dan sehinggakan ada yang perlu diusung akibat cedera!

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1goVWQHAUi