Askhay Kumar

Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Tonton Bila Tandas Diharamkan Di Rumah Dalam ‘Toilet: Ek Prem Katha’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin ada antara kita yang pernah melalui zaman tandas berada di luar rumah, namun pernahkan anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya sesebuah rumah tiada tandas?

Mengangkat isu ini, filem komedi Toilet: Ek Prem Katha lakonan Ashkay Kumar dan Bhumi Pednekar antara satu filem menarik untuk tontonan isi keluarga.

BACA: Akshay Kumar Dedah Amalkan Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari

Babak filem dimulakan dengan Keshav (lakonan Akshay Kumar) yang dipaksa ayahnya, Panditji yang percaya kekayaan Keshav akan meningkat sekiranya beliau berkahwin dengan seekor kerbau hitam.

Bila Rumah Tak Ada Tandas, Tonton Apa Yang Berlaku Dalam ‘Toilet Ek Prem Katha’ 3

Pada satu hari, Keshav bertemu Jaya (lakonan Bhumi Pednekar), seorang gadis berpendidikan tinggi dan berfikiran terbuka. Namun percintaan mereka terhalang kerana Panditji yang percaya pada ramalan yang Keshav hanya boleh berkahwin dengan gadis yang mempunyai dua ibu jari.

Tidak memenuhi kriteria tersebut, Keshav membuat ibu jari palsu untuk Jaya dan mereka pun berjaya berkahwin tanpa dicuragai Panditji.

Namun selepas berkahwin, Jaya berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah beliau alami di dalam hidupnya. Dalam kampung tersebut, tiada satu rumah pun ada menyediakan tandas.

Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Tonton Apa Yang Berlaku Bila Rumah Tiada Tandas Dalam ‘Toilet Ek Prem Katha’

Jadi, kaum wanita akan keluar sebelum matahari terbit setiap hari untuk melepaskan hajat mereka di belakang-belakang semak jauh dari kawasan orang ramai. Manakala kaum lelaki pula bebas melepaskan hajat mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Tertekan dengan situasi ini, Jaya sering bergaduh dengan Keshav sehinggalah Keshav mendapat jalan penyelesaian yang mana mereka menggunakan tandas di dalam kereta api yang berhenti.

Namun selepas peristiwa terkurung di dalam tandas, konflik Jaya-Keshav menjadi lebih besar sehinggalah Keshav akhirnya memutuskan untuk membina tandas di luar rumahnya demi kasih sayang terhadap isterinya.

Namun semestinya usaha ini ditentang habis-habisan Panditji yang mempunyai prinsip ‘adanya tandas di rumah membuatkan rumah menjadi kotor’. Sedangkan hakikatnya mereka memelihara kerbau di kawasan rumah di mana tempat yang sama tandas dibina.

Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Tonton Apa Yang Berlaku Bila Rumah Tiada Tandas Dalam ‘Toilet Ek Prem Katha’ 1

Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di kampung-kampung di India terutamanya kampung-kampung terpencil. Disebabkan kekurangan dan ketiadaan tandas, orang ramai melepaskan hajat sesuka hati di kawasan terbuka.

Antara yang pernah dilaporkan media ialah pada tahun 2011, Anita Narre berkahwin dengan seorang lelaki kampung di Madhya Pradesh. Sebaik tiba di rumah suaminya, Anita perasan di rumah tersebut tiada disediakan tandas.

Anita memutuskan untuk keluar dari rumah tersebut dan hanya akan pulang sekiranya di rumah atau kampung mereka ada disediakan tandas. Lapan hari kemudian, beliau pulang ke pangkuan suaminya selepas sebuah tandas dibina khas untuknya.

Bila Rumah Tak Ada Tandas, Tonton Apa Yang Berlaku Dalam ‘Toilet Ek Prem Katha’ 1
Sumber: WASH Fair

Jika anda perasan, filem-filem dari India sedikit sebanyak ada menyentuh mengenai isu melepaskan hajat di kawasan terbuka termasuklah filem satira politik, Mandela lakonan hebat Yogi Babu.

BACA: ‘Mandela’ Filem Satira Politik Lakonan Yogi Babu Yang Menarik Untuk Ditonton

Sudah ada di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah: