
Di Sebalik ‘Tarian Keranda’, Ini Tradisi Pengebumian Penuh Gaya Di Ghana
Ada apa di sebalik tarian keranda yang tular di media sosial?
Belakangan ini, tular di laman media sosial berkenaan dengan meme enam orang lelaki yang bersut kemas menari sambil membawa keranda.
BACA: Tradisi ‘Ikat Kaki’ Tanda Kekejaman Amalan Budaya China Pada Kaum Wanita
Cukup menghiburkan orang ramai, ada apa di sebalik ‘tarian keranda’ ini?
The Dancing Coffin
Digelar sebagai kumpulan The Dancing Coffin, kumpulan ini dibayar untuk ‘menghantar’ si mati dengan cara penuh bergaya.
Di Ghana, tarian keranda ini bukanlah sesuatu yang suka-suka tetapi merupakan satu cara penghormatan kepada masyarakat di Afrika Barat.
Pada awalnya, amalan ini tidak menjadi tradisi namun hari demi hari, trend ini semakin diterima dan dijadikan tradisi untuk proses pengebumian sejak beberapa tahun lepas.
In case I die of coronavirus, I want my friends to take me out like the funeral dance meme guys.😂 pic.twitter.com/RukUursOLG
— Unfunny Bandar (@unfunnilyfunny) March 30, 2020
Menjadikan upacara pengebumian sesuatu yang meriah, tarian keranda ini dimulakan dengan tujuan ‘meghantar’ si mati bertemu Tuhan dalam keadaan riang dan gembira.
Bukan sekadar menari, kadangkala The Dancing Coffin akan melambung-lambungkan keranda berisi si mati tersebut kerana termasuk dalam koreografi mereka.
Menurut pemiik perniagaan pallbearing (pembawa keranda), Benjamin Aido, pemergian si mati sepatutnya diiringi dengan kegembiraan, bukannya kesedihan dan ratapan.
Sering bereksperimen dalam menghasilkan warna baju seragam si pembawa keranda, kumpulan ini juga akan ‘menari’ mengikut kepada permintaan keluarga termasuklah dalam pemilihan warna pakaian.
Telah mengurangkan kadar pengangguran di Ghana, sejak tular di laman media sosial, perkhidmatan ini dikatakan semakin banyak ditempah kerana keunikan dan konsep pengebumiannya yang unik.
If this isn't the dance at my funeral then I am not gonna die. pic.twitter.com/8m0aaYfN7h
— aftermoon____009 (@aftermoonn____) March 30, 2020
Boleh menjangkau masa satu ke tiga hari, kesemuanya bergantung kepada permintaan keluarga si mati.
Tidak pernah miss the beat, tarian kumpulan The Dancing Coffin ini menjadi hiburan kepada masyarakat dunia yang sedang gusar dengan penularan COVID-19 yang kini sudah mencecah 1.34 juta kes positif dengan kadar kematian seramai 74,782 orang.
Berikut merupakan beberapa situasi yang diselitkan tarian kumpulan The Dancing Coffin ini:
Best Meme 2020#Memes #funeralmeme #funeraldance #coffinmeme pic.twitter.com/mKaPRo8uxn
— 🛂🛃 (@Lt_ulrich) April 2, 2020
Funeral Dance for legend 🤐️ 🤐️ pic.twitter.com/2CyYmdU2as
— R&B Empire / BLP (@corovisky1) April 2, 2020
https://twitter.com/DanceAtFuneral/status/1246208210769457154
Bukan itu sahaja, gambar mereka juga dijadikan sebagai ‘amaran’ kepada mereka yang masih berdegil melawan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan atau pun perintah #StayAtHome.
#stay_at_home or those guys gonna dance on your funeral 🤣🤣🤦🏻♂️ pic.twitter.com/E7XKA1YC55
— mos3p 🈚🈹☢️ (@mosababdallah16) March 29, 2020
Merupakan satu bentuk penghormatan terakhir, tarian ini dilakukan selepas daripada selesainya upacara di gereja dan semasa proses ‘penghantaran’ si mati untuk dikebumikan.
Sumber: Metro UK