
Di Sebalik Perwatakan ‘Savage’ Fizi Dalam Animasi Upin & Ipin, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Dua hari ini, animasi kanak-kanak tempatan, Upin & Ipin teruk diserang netizen di media sosial gara-gara kelancangan mulutnya yang tidak menjaga sensitiviti anak-anak yatim. Namun di sebalik perwatakan yang agak savage, Fizi dikatakan telah melalui satu episod gelap yang menyebabkan beliau berkelakuan sebegitu.

Sebelum ini watak Fizi tidaklah begitu menonjol seperti watak-watak yang lain. Hanya dikenali sebagai individu yang setia di sisi Ehsan, seorang pengguna Twitter mendedahkan Fizi sebenarnya banyak kali diusik dan disisihkan sehingga menyebabkannya terluka.
Lihat kompilasi video yang dikongsikan oleh @ksatria_limas di pautan bawah:
Sering di cengin pic.twitter.com/xMYTAEc2qX
— K I S A N (@ksatria_limas) May 26, 2020
Jadi sadboy pic.twitter.com/cXEQbeN0Et
— K I S A N (@ksatria_limas) May 26, 2020
Ga bisa ikut lebaran pic.twitter.com/jwhxFqEr8o
— K I S A N (@ksatria_limas) May 26, 2020
Melihatkan pada kompilasi klip-klip di sebalik perwatakan Fizi tersebut, ramai yang tampil menyokong watak savage Fizi yang dikatakan sebegai tindak balas terhadap perbuatan rakan-rakannya sebelum ini.
“Fizi yang kini adalah Fizi yang tersakiti.”
Dalam episod terbaharu yang dimuat naik Les’ Copaque Production, Fizi mengatakan tiada syurga buat Upin dan Ipin kerana kembar berkenaan tidak mempunyai ibu, berpadanan dengan kata-kata ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’.
Mula disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007, siri animasi Upin & Ipin dihasilkan dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati bulan mulia.
Sudah menjangkau 11 musim, siri animasi yang mengetengahkan budaya Malaysia dengan latar belakang kampung ini bukan sahaja disiarkan di televisyen tetapi juga dalam bentuk DVD dan penstriman video telah mendapat perhatian ramai termasuklah dari negara jiran seperti Indonesia.
BACA: ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Tersenarai Dalam Pencalonan Filem Animasi Anugerah Oscar 2020
Pernah tersenarai sebagai Animasi Paling Berjaya pada tahun 2011 oleh Malaysian Book of Records, untuk pengetahuan anda, watak Upin dan Ipin direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula yang diasakan oleh Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005.
Trending now



