Di Sebalik Kisah Sungai Yang Hanya Dibenarkan Mandi Tanpa Rendam Kepala

Di Sebalik Kisah Sungai Yang Hanya Dibenarkan Mandi Tanpa Rendam Kepala

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di sebalik kisah sungai yang hanya dibenarkan untuk mandi tanpa rendam kepala.

Tahukah anda di Rotorua New Zealand terdapatnya sebuah sungai yang hanya dibenarkan mandi tanpa merendamkan kepala?

BACA: Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps

Kerosene Creek atau dikenali sebagai Sungai Kerosene merupakan sebuah kolam air panas semula jadi atau kolam geoterma yang mana habanya dihasilkan daripada haba dalaman bumi.

Dibenarkan masuk secara percuma, Sungai Kerosene ini memiliki sejarah hitamnya yang tersendiri. Sejak bertahun-tahun, pihak berkuasa meletakkan amaran jangan merendam kepala sekiranya mandi di kawasan ini.

Di Sebalik Kisah Sungai Yang Hanya Dibenarkan Mandi Tanpa Rendam Kepala 2
Sumber: Kerosene Creek

Nak tahu kenapa?

Ini kerana di sini hidupnya ameba (ameoba) pemakan otak yang dikenali sebagai naegleria fowleri.  Untuk pengetahuan anda, ameba dengan saiz sekitar tujuh hingga 16 mikrometer ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan otak yang jarang ditemui dan dasyat yang disebut sebagai meningoencephalitis amebic primer (PAM).

Biasanya terdapat di kawasan air tawar panas semula jadi seperti tasik, sungai dan mata air, naegleria fowleri biasanya menjangkiti manusia apabila air yang tercemar memasuki badan melalui hidung dan akan bergerak ke otak.

Jangkitan akan menyebabkan otak bengkak dan biasanya akan membawa kepada maut, jangkitan ini boleh berlaku apabila air di dalam kolam tidak mendapat klorin yang mencukupi atau pun air paip yang dipanaskan dan tercemar.

Gejala awal jangkitan akan muncul dalam tempoh satu hingga sembilan hari selepas jangkitan antaranya sakit kepala dan demam yang boleh membawa kepada rasa tegang pada leher, hilang keseimbangan, kekejangan dan berhalusinasi. Dalam tempoh masa kurang dua minggu, pesakit boleh meninggal dunia.

Bagaimana jika tertelan?

Ianya tidak mengapa kerana jangkitan ini hanya akan merebak melalui rongga hidung.

Macam mana kalau nak mandi di kolam air panas semula jadi?

  1. Pilih kawasan yang benar-benar dirasakan selamat.
  2. Sentiasa pastikan kepala berada di paras atas air sentiasa.

Tidak hanya berlaku di sini, jangkitan ameba pemakan otak ini pernah juga berlaku beberapa kali di Karachi, Pakistan atas punca yang sama.

Tak kira di mana, jika mandi di kolam air panas semula jadi, pastikan sentiasa berhati-hati ya.