Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit 4

Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap negara pasti mempunyai bangunan pencakar langit yang boleh menjadi identiti yang melambangkan negara.

Sebagai contoh di Malaysia, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan yang menjadi identiti Malaysia.

BACA: Arkitek Lupa Bina Lif Di Bangunan ‘Wawasan Masa Depan’ 47 Tingkat

Dan tidak lama lagi, sebuah lagi bangunan pencakar langit di Malaysia bakal menjadi negara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu bangunan di bawah Projek Menara Warisan Merdeka 118 (PNB118).

Kenapa setiap negara seakan berlumba-lumba mahu melakukan pembinaan bangunan pencakar langit?

 Lambang prestij negara

Bangunan pencakar langit menjadi lambang kepada prestij negara. Dengan adanya bangunan-bangunan yang mampu mencapai langit ini, populariti sesebuah negara mampu melonjak dan dikenali seluruh dunia.

Disebabkan itu jugalah banyak negara besar seakan berlumba membina bangunan tinggi bagi menonjolkan kehebatan masing-masing.

Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit 3
Burj Khalifa. Sumber: Midtown Realty

Sebagai contoh di UAE, Burj Khalifa dengan ketinggian 830 meter menjadi kebanggaan rakyat Dubai. Sebut saja Burj Khalifa, masing-masing dapat membayangkan betapa mewahnya bangunan yang berada di Dubai tersebut.

BACA: Pasangan YouTuber Labur Lebih Setengah Juta Dedah Jantina Anak Di Burj Khalifa

Menjana ekonomi

Dengan adanya bangunan pencakar langit, orang ramai yakni penduduk dunia akan berlumba-lumba (?) mahu melancong dan melihat dengan mata mereka sendiri kehebatan seni bina bangunan ini.

Secara tak langsung, negara menjana pendapatan dan dalam masa yang sama boleh memajukan negara selain daripada mengurangkan hutang yang ditanggung negara.

Di Malaysia sendiri, idea pembinaan bangunan Menara Kuala Lumpur yang mula dibina pada tahun 1993 merupakan salah satu cara yang difikirkan sebagai ‘cara terpantas’ untuk negara menjana pendapatan menerusi industri pelancongan.

Bencana bangunan pencakar langit

Terlalu ghairah dengan pembinaan bangunan pencakar langit, sedarkah kita bahawa ada sesetengah bangunan pencakar langit boleh menyebabkan terjadinya bencana?

1. Gempa bumi 

Fakta yang tidak mampu kita elak ialah gempa bumi turut berlaku disebabkan tindakan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, yang berlaku pada Taiwan.

Pembinaan menara Taipei 101 dengan ketinggian 508 meter meneyabbakan berlakunya gempa bumi di Taipei yang mana secara geologinya bebas daripada gempa bumi yang ketara.

Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit
Bangunan Taipei 1010. Sumber: BDC

Namun semasa dibina, kawasan tersebut mengalami gegaran kecil (mikro gempa) tiga kali ganda sehinggalah pada 2004, gempa bumi dengan magnitud 3.8 berlaku tepat di bawah menara pencakar langit ini. Selang beberapa bulan kemudian, sekali lagi gempa bumi dengan magnitud 3.2 berlaku pada titik yang sama di bawah bangunan tersebut.

Untuk menjadikan menara Taipei 101 kalis gempa bumi, bahan dengan jisim 700,000 tan digunakan namun ianya telah memberikan tekanan besar kepada kerak bumi sehingga menyebabkan tekanan merebak dan menyebabkan gempa bumi.

2. Kebakaran

Percaya atau tidak, rekaan bangunan pencakar langit secara tidak sengaja boleh bertukar sebagai ketuhar gelombang mikro gergasi yang menyebabkan kebakaran.

Sebagai contoh, bangunan pencakar langit Walkie-Talkie di Central London yang mempunyai rekaan permukaan yang melengkung dan cengkung di satu sisi menyebabkan pemantulan cahaya matahari dari tingkap bertumpu ke kawasan laluan sempit.

Di Sebalik Keghairahan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit 1
Walkie-Talkie. Sumber: Straits Times

Dalam erti kata lain, ianya seumpama aktiviti pembakaran yang dilakukan menggunakan kanta pembesar. Untuk satu tempoh masa, suhu di kawasan tersebut mampu dipanaskan sehingga 117°C.

Pada tahun 2013, ada satu kejadian yang mana sebuah kereta mengalami kerosakan teruk akibat beberapa bahagian di dalamnya mencair selepas diletakkan di sebelah bangunan ini. Malah pernah juga seseorang yang berada di kawasan tersebut mengalami rambut hangus selepas berada di kawasan tersebut dalam tempoh masa yang singkat.

Namun pada tahun 2014, bangunan tersebut ditambah dengan satu struktur rekaan yang boleh menghilangkan cahaya yang dipantulkan tadi.

3. Mengubah cuaca

Sedar tak sedar, bangunan pencakar langit merupakan salah satu punca kepada perubahan keseimbangan alam semula jadi.

Antara perubahan cuaca yang berlaku adalah pada corak aliran angin di kawasan sekitar yang tanpa sedar boleh menjadikan kawasan atas bangunan menjadi kawasan pengumpulan bahan pencemar.

Tapi yang bagusnya bangunan pencakar langit ini, bahan-bahan binaan di kawasan atas mampu menyerap radiasi matahari menjadikan kawasan sekitar tidak terlalu panas kerana haba matahari banyak diserap oleh bahan-bahan yang digunakan.